Come & Click With Us

Wednesday, August 22, 2012

Musim Menuai Tiba Lagi....

Layan jala ikan dalam parit dulu, sementara tunggu mesin padi sampai. Alif tukang bawak bekas. Jamil tebaq jala. Aku tengok saja...ahahahh. Ikut kata broker mesin, pukul 11.00 pagi mesin akan mula jalan. Petak kami yang awal sekali mesin ni akan terjah. Daripada dok melangut saja, aku n jamil bawak jala pi tebaq kat parit tepi bendang kami
 Mesin padi dah sampai. Padi yang sedang menguning terus dituai. Petak sebelah masih lagi hijau. Jangan pulak dok lajak mai sebelah. Rugi oooo. Memandang padi yang disulam belum masak sepenuhnya, pemandu mesin ini terpaksa menggunakan kepakarannya mengambil hanya bahagian-bahagian yang telah masak sahaja. TQ abang drebar..

Alhamdulillah, rezeki mak aku. Dia yang bertungkus lumus usahakan walaupun dlm kesedihan akibat pemergian arwah ayah aku. Usaha dan diselangi doa. Jamil bertindak sebagai pemandu lori hari ni. Satu trip dari bendang ke Bernas Kerpan ambil masa 20 minit. 1 tong penuh padi dari mesin padi 8080 ni muat-muat saja untuk satu trip. Jenuh la jugak dia berulang alik. 3 trip hari tu...
Alif berposing atas mesin padi. Bukan senang nak dapat peluang ni bagi anak kecil yang dibesarkan dikota.

No comments:

Post a Comment