Come & Click With Us

Tuesday, August 28, 2012

Kemenangan Pertama Kempen Piala Malaysia 2012

KEDAH 2 - 1 TERENGGANUAlhamdulillah! Peningkatan dari segi permainan walaupun perlu diperbaiki dari segi hantaran dan urgency dalam permainan. Fokus perlawanan akan datang kerana kini semua pasukan masih mempunyai peluang sama rata.

Tahniah Khyril! 2 gol cantik dari beliau mengukuhkan lagi reputasi beliau sebagai antara penyerang plorifik Malaysia. Teruskan rentak jaringan KM18!

PULUN KEDAH PULUN!


Dipetik dari Kedahlanie

Selamat Hari Merdeka 55 tahun

Selamat hari kemerdekaan untuk semua. Semoga liku-liku sepanjang perjalanan bagi Malaysia mendapat kemerdekaan menjadi pedoman kepada kita semua.

Aku sekeluarga akan pulang ke Terengganu sempena cuti kemerdekaan. Nanti aku coretkan trip tu.

Thursday, August 23, 2012

Apa Sarapan Anda Pagi Ini

Nasi kandaq untuk hari yang ketiga (6 syawal). Dikantin pejabat, hanya ada roti bakaq saja......

Taraaaa...nasik kandaq bungkuihhhh. Buat pengikat perut untuk meneruskan kerja-kerja pejabat.


Yessss. Nasi Kandar Jalil, Flat Bagan Dalam. Jom makanggggggg. Minggu depan makang nasik daganggg la pulakkk

Nak Makan Pun Kena Beratur

Inilah suasana yang berlaku sekiranya anda bekerja ketika rakan-rakan anda masih enak bersantai dirumah. Keja dipejabat memang la kurang, tapi nak makan tengahari, azab la. Kedai tak bukak. Hanya ada kedai nasi kandaq saja yang buka. So apalagi, beratoq la....

Tengok tu,player MU pun mai beratoq makan nasik kandaq sekali. Hahahhah.
Masing-masing menunggu dengan sabaq. Maklumlah dah lama tak makan nasik waktu tengahari.Aku beratur dekat dengan 15 minit.
Saborr je la kalau nak makan waktu time-time macam ni. Esok mai pejabat kena bawak bekal la. Ketupat kelmarin masih bersisa lagi.


Mamak, nasik ayam madu tiga satu.....hahahahhaa. Kuah kasik lebihhhhh.
Inilah santapan aku tengahari ni. Jangan jelousss aaaa. Nak lajak terus ke Restoran Pelita Nasi Kandar Chai Leng Park. Kalau kena beratur, jangan kata aku tak ingatkan....so bersedialah. Apa-apa pun bismillah dulu...

Wednesday, August 22, 2012

Makan Nasik Mandi Kambing @ Bandar Perda

Hangpa semua pernah makan nasi mandi kambing mandy kambing? Rasanya ramai yang angkat tangan dengan kaki. Kalau kat KL, restoran Ar Rawsa fames dengan makanan ni, disebelah utara ada beberapa kedai makan yang boleh dikatakan hampir menyamai restoran @ kedai makan arab yang ada kat KL. Salah satunya adalah.............................................................................
Tengok nama pun dah tau restoran makanan arab. So apa lagi kita terjah menu yang ada kat sini.
Nak baca ikut arab pong boleh. Tak faham boleh tanya. Tapi masalahnya pelayan dia pun orang arab jugak. So baca yang omputih tu dah la. Insyaallah boleh faham
Sup-Sup yang terdapat direstoran ni.

Menu-menu nasik

Full menu @ makanan arab

Kami tak jadi order nasi mandy. Terus order Lamb Zowrbian. Sedappppp kata naim. Mamu belanja apa ada halllll
Nana tanjung @ Tokey kedai emas. Makan dengan sopan santun.
Ni pinggan nasi aku. Tengok dia punya kambeng......tak boleh tahan....Kesimpulannya bagi aku ini antara restoran makanan arab yang terbaik yang terdapat di Seberang Prai. Nanti aku upload pula gambar aku pi makan @ Asiatica dan Ain Arabia di Tesco....





Buka Puasa NRG-SHE @ Hotel UITM Permatang Pauh



Seperti tahun-tahun lalu, NRG-SHE memilih vanue yg sama utk majlis berbuka puasa. Dengan kadar harga buffet mampu bayar, seramai 70 geng NRG hadir bersama keluarga masing-masing.


 AO @ Yusri hadir sekeluarga. Siap bagi peluang kat wife makan dulu sambil dia layan karenah anak kecilnya.
Nizam & family. Setiap tahun pasti hadir.

Musim Menuai Tiba Lagi....

Layan jala ikan dalam parit dulu, sementara tunggu mesin padi sampai. Alif tukang bawak bekas. Jamil tebaq jala. Aku tengok saja...ahahahh. Ikut kata broker mesin, pukul 11.00 pagi mesin akan mula jalan. Petak kami yang awal sekali mesin ni akan terjah. Daripada dok melangut saja, aku n jamil bawak jala pi tebaq kat parit tepi bendang kami
 Mesin padi dah sampai. Padi yang sedang menguning terus dituai. Petak sebelah masih lagi hijau. Jangan pulak dok lajak mai sebelah. Rugi oooo. Memandang padi yang disulam belum masak sepenuhnya, pemandu mesin ini terpaksa menggunakan kepakarannya mengambil hanya bahagian-bahagian yang telah masak sahaja. TQ abang drebar..

Alhamdulillah, rezeki mak aku. Dia yang bertungkus lumus usahakan walaupun dlm kesedihan akibat pemergian arwah ayah aku. Usaha dan diselangi doa. Jamil bertindak sebagai pemandu lori hari ni. Satu trip dari bendang ke Bernas Kerpan ambil masa 20 minit. 1 tong penuh padi dari mesin padi 8080 ni muat-muat saja untuk satu trip. Jenuh la jugak dia berulang alik. 3 trip hari tu...
Alif berposing atas mesin padi. Bukan senang nak dapat peluang ni bagi anak kecil yang dibesarkan dikota.