Come & Click With Us

Sunday, September 2, 2012

2 in 1- Pulau Perhentian (Cuti-Cuti)-Part 1

5.00 pagi wife aku mengejutkan semua kami untuk bangun. Aku yg rasanya baru tido pukul 1 lebih rasa mcm tak cukup tidoq. Tambah-tambah semalam pi dok teman Man German makan bihun tomyan @ pukul 12 mlm...huhuhu. Namun apa yg dirancang kena dilaksanakan dgn jaya.....Ayuh pak supir, banguun.

5.30 Pagi- Bergerak dlm bertam. Angkat anak2 kasik sambung tido dlm kereta. Singgah Masjid Tawar , Baling utk solat subuh. Dah nak dekat pukul 7. Rancangan asal nak solat kat Kulim, tapi surau kat stesen minyak tu berkunci la pulak.

8.20-Singgah utk breakfast @ R&R Puncak Titiwangsa. Kedai masih belum buka. Nasib baik my wife ada tapau nasik lebihan semalam. Dapatla jugak mengisi perut n menambah tenaga utk perjalanan seterusnya.

Baby n Angah masih lagi pakai baju tidoq. Makan dulu lepas ni tukaq baju okkkkk....
 
 
My wife bangun seawal 4.30 pagi. Baguiiih sungguh
 
Dah makan posing dulu ekkkk
 
Pemandangan dari Puncak Titiwangsa...sejuk

11.15-Sampai Kuala Besut, terus ke rumah Abg Lan utk ambik pak mertua aku. Dia dah tunggu kami kat situ sbb lepas pergi Pulau Perhentian kami akan pergi Pasir Putih pulak...lagipun pak mertua aku ni dah lama tak ke Pulau Perhentian walau stay kat Pulau Sebelah saja @ Pulau Redang.

12.00- Sampai kat Jeti Kuala Besut. Settle urusan parking keta. Ohh ya, kat sini parking keta diorang charge sehari RM 7 utk yg tak berbumbung n RM10 utk yg berbumbung.

12-10- Letak beg-beg kat office Mama's chalet. My wife call kawan dia bagitau kami dah sampai. So sementara tunggu terus pi makan tengahari dulu sambil pusing-pusing layan peel budak2 3 orang niii.


Jom, jemput makan......

Alif & tok wan
 
Dah selesai makan, terus kami dok tunggu kat jeti, nantikan bot yg dimaksudkan oleh kawan wife aku. Aku tak snap gambar pun kat sini sebab sama mcm balik pulau redang saja.
 
 
Akhirnya....yang ditunggu telah tiba. Lambat la skit kata alif . Tapi takpa (cemeee)Hahahaha. So kalau tanya aku berapa tambang sebenaq, aku tak tau. Hangpa pi tanya kaunter ekk.
 
Dalam bot ada 2 minah mat salleh + 1 malay girl. Baru nak tangkap gambaq ja mem dok kerling dah. Hahahah. Utk yg adventure, naik bot ke Pulau Perhentian ni memang best. Kena yg bawak tu budak muda...perghhh. Melantun-lantun dibuat nya. Anyway enjowww the view. Mem aku tau la apa maksud tuuuu..
 
 Sampai kat Jetty, sahabat wife aku dah lama dok tunggu. Mula episod jejak kasih selepas 8 tahun tak berjumpa. Last sekali depa jumpa waktu kawin aku dulu. Lepas tu masing-masing hello-hello saja. Tengok ikan ikan kat bawah tu....ayaq laut dia cantek sungguh...
 
 
Tanda dah sampai... mem aku dgn kawan dia yg berbaju pink. Depa dok sembang aku pung aku tak paham...Kami menginap kat Murai Guest House di perkampungan nelayan w/pun kawan wife aku mak dia tokey mama's chalet sbb dia nak suruh wife aku duduk dekat dgn dia. Tentu banyak cerita depa nak share. Klau dok kat sana dia kata payah nak jumpa...sbb dia ada bisnes kat sebelah sini. Payah nak tinggaii. Aku tang mana pun takpa...yg penting boleh mandi lauttt. Ayah mertua aku pulak, sampai jeti je terus hilang. Terus pi jumpa geng-geng lama dia. Hahahahah.
 
 OTW jalan-jalan ziarah sedara-sedara sebelah Pak Mertua aku sempat juga singgah kat SK Pulau Perhentian. Snap la sekeping dua gambaq


 
Pukul 11 baru habis program ziarah ni. Aku terus balik bilik utk tido. Mem pulak terus pi jumpa kawan dia. Hihihi...sembang-sembang imbau zaman anak dara sunti katanya sambil pesan kat aku. Tido awai, pagi sok nak pi snorkling pulakkk
 

 
 


2 comments: