Come & Click With Us

Tuesday, December 6, 2011

Berapa Kad Kredit Anda Ada??????

Kepada yg mempunyai kad kredit lebih daripada 2 syarikat, anda hanya ada masa sebelum 31 Dis 2011

Berkuat kuasa serta-merta, syarat kelayakan untuk mendapatkan kad kredit disemak seperti yang berikut:
Kelayakan pendapatan minimum untuk pemegang kad kredit baharu ditetapkan pada RM24,000 setahun;


Perkara berikut adalah terpakai bagi pemegang kad yang berpendapatan RM36,000 setahun atau kurang:
Pemegang kad hanya boleh memiliki kad kredit daripada dua pengeluar kad sahaja
Pemegang kad sedia ada yang memiliki kad kredit lebih daripada dua pengeluar kad diberikan tempoh sehingga akhir tahun 2011 untuk menentukan pengeluar kad pilihan masing-masing. Pemegang kad juga akan diberikan tempoh sekurang-kurangnya dua tahun untuk menyelesaikan baki hutang kad kredit yang telah dibatalkan bagi memenuhi keperluan ini.
Had maksimum kredit yang diberikan kepada pemegang kad tidak boleh melebihi dua kali ganda pendapatan bulanan pemegang kad bagi setiap pengeluar.
Pemegang kad sedia ada yang mempunyai baki hutang kad kredit melebihi had maksimum kredit yang ditetapkan diberikan tempoh tangguh selama dua tahun untuk memenuhi keperluan baharu ini.

Pengeluar kad akan berurusan dan berbincang dengan pemegang kad yang terbabit bagi membantu mereka menstrukturkan semula pembayaran hutang dalam usaha memudahkan pelaksanaan langkah ini. Selain itu, pemegang kad juga boleh menghubungi Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) untuk mendapatkan nasihat berkaitan dengan pengurusan hutang mereka.

Amalan Perniagaan yang Bertanggungjawab dalam Pemberian Kad Kredit

Pengeluar kad kredit dikehendaki untuk mengamalkan pendekatan yang wajar, telus dan bertanggungjawab dalam memasarkan dan menawarkan kad kredit kepada pengguna. Pengeluar tidak dibenarkan untuk menaikkan had kredit pemegang kad tanpa persetujuan pemegang kad terlebih dahulu. Pengeluar juga tidak dibenarkan untuk menawarkan pendahuluan kredit dalam bentuk cek berbayar kepada pemegang kad melainkan pemegang kad kredit telah memohon untuk pendahuluan kredit.

Bagi memudahkan pengguna membuat perbandingan dan keputusan berdasarkan maklumat yang mencukupi, pengeluar kad dikehendaki menyediakan Lembaran Penzahiran Produk (Product Disclosure Sheet) yang mengandungi maklumat penting mengenai ciri-ciri kad, fi dan tanggungjawab pemegang kad. Pengeluar kad juga dikehendaki memberikan peringatan dengan jelas untuk memberitahu pemegang kad akan implikasi jika hanya membuat bayaran semula secara minimum dan sebahagian. Pada akhir setiap tahun, maklumat khusus mengenai tempoh yang diperlukan untuk menyelesaikan keseluruhan baki pinjaman pemegang kad kredit dan jumlah kos faedah sekiranya pemegang kad kredit hanya membuat pembayaran minimum akan dikeluarkan kepada setiap pemegang kad. Ini akan berkuat kuasa untuk penyata tahunan yang dikeluarkan mulai bulan Disember 2011.

Meneruskan Penambahbaikan pada Keselamatan Infrastruktur Kad Kredit

Dalam usaha untuk meningkatkan lagi keselamatan kad kredit dan memupuk keyakinan orang ramai bahawa kad kredit merupakan satu instrumen pembayaran yang selamat digunakan, berkuat kuasa 1 Januari 2012, pemberitahuan transaksi melalui sistem pesanan ringkas (SMS) akan dilaksanakan oleh pengeluar kad kepada pemegang kad mereka selepas transaksi dilakukan. Langkah ini akan disusuli dengan pelaksanaan pengesahan nombor pengesahan peribadi (Personal Identification Number, PIN) untuk semua transaksi kad kredit mulai 1 Januari 2015.

Untuk maklumat lanjut berhubung dengan garis panduan baharu kad kredit, orang ramai boleh menghubungi ABM Connect di 1-300-88-9980, pusat hubungan pengeluar kad masing-masing dan TELELINK Bank Negara Malaysia di 1300-88-5465.

Sunday, December 4, 2011

LTdL Race Route 2012



Finishing jelajah ni kat Terengganu. Kalau boleh set sekali dengan balik kg mesti best ni. Any balik ni ke bincang slow-slow dengan mem la...

Tuesday, November 29, 2011

Menara Alor Setar-Jalan-Jalan Cuci Mata

Perjalanan balik aku pada hujung minggu lepas aku sempat jugak singgah kat Menara Alor Star. Maklumla dah janji dgn alif nak bawak dia naik tower nii.Another reason sebab lepas ni nak pi kedai basikal SHIMANO @ Sauq al Bukhary....so kira ambik hati mem la niii.... walaupun kami sampai dah nak pukul 4.00 ptg cuaca mcm nak hujan...so apa lagi cpt2 la kami masuk kat tower ni....so layan la pic kat bawah. Opps untuk rujukan ilmiah semua, menara ni merupakan yg ke 2 tertinggi di Malaysia dan 19 tertinggi di dunia..so kalau nak banyak info klik ja kat sini : http://menaraalorstar.com.my

Penyambut tetamu kat kaunter sebelum masuk.Tapi kena beli tiket dulu ...baru boleh naik. Mana ada free...

Sementara beratur nak beli tiket, yg tak beratoq tu boleh jengah kat ruangan di sebelah nii..ada mcm2 kraftangan org kedah spt serkap ikan dll....Kalau berkenan boleh beli

Abg guard ni akan tekan button lift utk pengunjung menara ini. 1st class service

Ada PMA lift ni means selamat untuk digunakan. Siap tarikh tamat sijil ni pun dipamerkan. Baguih transparan.

Angin yg bertiup kat atas bukan takat2 sepoi2 bahasa. Ini dah sampai tahap nak melayang. Cuaca makin nak gelap. Sebentar lagi bumi aloq star akan dibasahi dengan titisan hujan.

Kalau lapaq kat atas ni ada kedai menjual makanan ringan. Harga amat berpatutan. Standard harga kat kedah la...alif mcm biasa aiskrim

Teropong turut disediakan. Alif dok teropong tgk bendang tok katanya....hahahaha



Istana Kuning...pemandangan dari menara

Info ttg menara. Pakat2 mai n baca sendiri. Aku malas nak terang weiiii



Mcm biasa, gambar sefamily....

Friday, November 25, 2011

Balik Kg 2011-Part 2 Pulau Redang

Hari kedua di Pulau Redang. Bergerak secara berjalan kaki ke pantai teluk dalam. On the singgah jap kat Berjaya Resort Pulau Redang, tempat dimana adik ipar aku bekerja. Nice landskap kat resort ni.

Pantai teluk dalam sangat cantik. Ditambah dengan pasir yg memutih dan selembut salju. Aku rasa kalau compare dgn Krabi yg aku pi last year, aku rasa pasir kat sini lagi halus. Pantai ni sentiasa jadi tumpuan org kampung since Berjaya Resort hadkan kemasukan org kg kat kawasan dia. Kena tinggal I/C la semata-mata kerana nak pi pantai..........

Lihat jernih sungguh air laut kat sini. Macam tak mau keluar dari air saja rasanya.....ohhhhhhh....aku nak balik lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
Anuar's family mandi dengan tenang. Mau tak da orang. Pukul 8 pg aku dah dok dalam air. Org kg baru dok sibuk nak pi ke laut atau dok buka periuk cari nasi dagang....hahaha

Wednesday, November 23, 2011

Org Malaysia Memang Kreatif.....

Diterima daripada kawan facebook. Sekali baca kelakar la pulak......




Tips for Roadies- Barang Yang Kena Bawa Bersama


Dalam ERP, aku diajar ttg persediaan semasa menghadapi saat-saat kecemasan semasa sedang bekerja. Apabila aku fikir balik, persediaan yg sama aku perlu buat semasa keluar untuk mengajuh basikal di sekitar jalan-jalan di negeri2 Darul Nasi Kandaq ni.

Sebagai seorang roadie adalah tidak macho sekiranya anda memasang saddle bag pada roadbike. Jadi alternatifnya semua barang akan diletakkan pada poket baju. Item2 yang wajib dibawa ialah:

-Spare tube(kalau boleh 2), bicycle pump (lagi canteek yg ada flexible hose) & pembuka tayar (tyre levers)
-Duit at least 20 hinggit...kalau letih boleh bawaq tambang teksi
-Telefon
-Powerbar @powergel utk tenaga tambahan
-kad pengenalan & medical card
-Sunglasses
-Spare chain link
-water bottle (2) isi air mineral & air isotonik
dan paling penting sekali
-helmet

Kalau semua dah ready jom kita kayuh. Ada bran?

Amaran Hujan Lebat-Jab Materologi 23 Nov 2011

Our Ref: JMM.RML06/701/10JLD76(94)

Amaran Hujan Lebat
(Peringkat Merah)


Dikeluarkan pada: 07:16pm pada 23 November 2011

SEKSYEN A : AMARAN HUJAN LEBAT ( PERINGKAT MERAH)

Dikeluarkan pada : 5:35 petang 23 November 2011

Amaran Hujan Lebat (Peringkat Jingga) yang dikemaskini pada 10:56 pagi, 23 November 2011 ditingkatkan kepada Amaran Hujan Lebat (Peringkat Merah). Hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat yang berlaku di negeri Terengganu (Daerah Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Marang, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman) dan Pahang (Daerah Kuantan, Pekan, Jerantut, Maran, Bera dan Rompin) dijangka berterusan sehingga Jumaat, 25 November 2011.

Keadaan ini akan menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah.

SEKSYEN B : AMARAN HUJAN LEBAT ( PERINGKAT JINGGA)

Dikemaskini pada : 5:35 petang 23 November 2011

Hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat yang turun di negeri Kelantan (Daerah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Machang, Tanah Merah, Kuala Krai, Jeli dan Gua Musang) dijangka berterusan sehingga Jumaat, 25 November 2011.

Keadaan ini akan menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah.

SEKSYEN C : NASIHAT HUJAN LEBAT (PERINGKAT KUNING)

Dikemaskini pada 5:35 petang 23 November 2011

Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana yang turun di negeri Perlis (Daerah Padang Besar, Kangar dan Arau) dan Kedah (Daerah Kubang Pasu, Padang Terap, Kota Setar, Pokok Sena, Pendang dan Langkawi) dijangka berterusan sehingga Jumaat, 25 November 2011.

Keadaan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah.

SEKSYEN D : AMARAN RIBUT PETIR DAN HUJAN LEBAT

Dikeluarkan pada : 7:16 petang 23 November 2011

Ribut petir dan hujan lebat yang turun di beberapa tempat di negeri Sarawak : Bahagian Mukah (Daerah Matu-Daro dan Mukah), Bintulu (Daerah Tatau dan Bintulu) dan Miri (Daerah Miri dan Marudi) dijangka berterusan sehingga lewat malam, Rabu 23 November 2011.

Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang serta banjir kilat

Balik Kg 2011-Part 1 Pulau Redang

Jeti Kg Pulau Redang, semua bot & feri akan berlabuh disini

Bot-bot nelayan turut ditambat berdekatan dengan jeti
Semasa dlm perjalanan dari jeti syahbandar Kuala Terengganu akan melintasi Pulau Bidong. Satu masa dulu pulau ini dijadikan petempatan pelarian vietnam sebelum mendapat tempat di negara ketiga. Pak mertua aku pernah berdagang dengan penduduk vietnam niii.
Dalam feri, perjalanan ambil masa 1 jam 15 minit. Sempat la aku pejam mata. Letih drive dari penang start pukul 5 pagi sebab nak kejar feri jam 3 petang.

Kaunter tiket feri ke Pulau Redang, pelancong sehala RM55. Aku pakai ic my wife kena harga RM25 sehala. Kereta parking kat kawasan jeti ni. Semalam kena RM10. Kawalan 24 jam.

Hari Anugerah Cemerlang Pasti Nurul Iman

Alif Imran di pentas menerima hadiah. Last year aku hantar kat tadika yang focused kat akademik. Once dia dah boleh membaca aku hantar lak kat PASTI untuk seimbangkan dunia dan akhirat. Selama hampir setahun jugak la aku punch card kat opis atas line saja sbb nak kena hantar alif dulu, but itulah pengorbanan....hasilnya hujung tahun alif dapat no 3 walaupun hanya masuk PASTI selama setahun sahaja..alhamdulillah

Result yang dicatatkan kat buku cenderamata. Semua parents dok buku ni sampai habis event sbb ada cabutan bertuah. Aku mcm biasa.................kurang bertuah..hahahah

Persembahan pelajar2 empat tahun. Siap ada yang nangis waktu kat atas pentas lagi. Penat ustazahnya memujuk.

Parents yang hadir. Dari pakar bedah sampailah pak tani. Semua datang bagi sokongan kat anak masing-masing.

My wife mcm biasa...selalu nak datang awal. Kami parents yang ketiga sampai....huhuhu awainya

Monday, November 21, 2011

Terima Kasih Team Malaysia- Anda Buatkan Semua Rakyat Malaysia Bangga




Mood Kemenangan masih ada......kat mana-mana orang bercakap benda niii. Dah jadi fenomena pulak.




JAKARTA - Tiada apa yang lebih sempurna daripada merangkul pingat emas Sukan SEA; ‘ibu’ kepada segala pingat sebagai penutup tirai temasya kali ke XXVI buat kontinjen Malaysia.
Setelah berjuang habis-habisan di Stadium Gelora Bung Karno untuk lebih dua jam, skuad Harimau Muda kebanggaan kita memakbulkan harapan setiap rakyat Malaysia yang menyaksikan kelibat mereka di kaca televisyen malam tadi.
Tidak mengapa kita ketinggalan pada awal permainan.
Wira-wira kita tidak mengalah, sebaliknya mereka bangkit dengan segera untuk menyamakan kedudukan dan seterusnya mengawal permainan, sekali gus membuatkan kira-kira 100,000 penyokong fanatik tuan rumah terdiam.
Bermula dari saat itu, perlawanan berlangsung agak seimbang menyaksikan kedua-dua pasukan buntu mencari gol pada waktu sebenar permainan, malah 30 minit tambahan pun tidak berkesudahan.
Setiap kali penjaga gol sensasi kita, Khairul Fahmi Che Mat diperlukan, dia tidak pernah mengecewakan dan semalam dia membuktikan keupayaannya sekali lagi, komitmen yang sering kali ditunjukkannya apabila dengan tenang menyelamatkan sepakan penalti Ferdinan Sinaga.
Dan ketua pasukan, Baddrol Bakhtiar; salah seorang anggota skuad yang menjuarai temasya Vientianne dua tahun lalu melaksanakan tugasnya untuk mempertahankan pingat emas buat kali pertama sejak 1979 yang mana ketika itu turut dilakar di Jakarta.
Tangisan para penyokong Laskar Garuda adalah difahami. Bukan saja tewas di bumi sendiri, malah sudah dua dekad tidak mengecapi kejayaan sejak mereka menang di Manila 1991.
Indonesia mungkin telah meraih 170 pingat emas (setakat pukul 12 tengah malam semalam dan jumlah itu dijangka terus bertambah pada hari terakhir hari ini), namun terlepas pingat emas bola sepak sudah tentu sesuatu yang mendukacitakan.
Andai mampu merangkul 200 emas sekali pun, luka mereka tidak akan terubat
Bagi kontinjen negara pula, sasaran baru 60 pingat emas yang diletakkan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dua hari lalu sepatutnya dalam jangkauan jika petinju kita, Muhamad Farkhan Mohd. Harun mampu meraih pingat emas ke-59 kita.
Malangnya, dia ditumbangkan secara kontroversi oleh peninju tuan rumah, Alex Tatontos di Palembang.
Terdahulu Malaysia, dipimpin Fatehah Mustapa, membuktikan kejaguhannya dalam arena berbasikal trek yang tiada tolok bandingnya dengan menambah empat pingat emas di Velodrom Ramawangun. Begitu juga dengan gadis- gadis kolam renang kita yang menyapu bersih kesemua lima emas dipertandingkan dalam sukan renang berirama di Pusat Akuatik Kompleks Jakabaring.
Kontinjen negara dijangka tidak akan menambah pungutan pingat emas untuk menggenapkan angka 60 kerana hanya tinggal sukan paragliding yang bukan merupakan sukan harapan pada hari terakhir temasya .
Ia sudah lebih daripada memadai, syabas diucapkan!








Dipetik dari Kedahlanie

Malaysia Menang Pingat Emas Bola Sepak Sukan SEA



SENARAI PEMAIN BOLA SEPAK MALAYSIA SUKAN SEA 2011 INDONESIA

Berikut adalah senarai penuh 20 pemain Malaysia B-23

Penjaga gol: Khairul Fahmi Che Mat dan Mohd Izham Tarmizi.

Pertahanan: Mahali Jasuli, Mohd Muslim Ahmad, Mohd Fadhli Shas, Mohd Amer Saidin, Fandi Othman, Asraruddin Putra dan Zubir Azmi.

Tengah: Baddrol Bakhtiar(kapten), Wan Zaharulnizam, K.Gurusamy, Shukur Jusoh, Irfan Fazail, Yong Kuong Yong dan Nazmi Faiz.

Penyerang: Syahrul Azwari, Thamil Arasu, Izzaq Faris dan Fakri Saarani




Thursday, November 17, 2011

Setelah Kalahkan Indonesia, Malaysia Terpaksa Pulang Dengan Kereta Perisai



JAKARTA - Tim nasional Malaysia U-23 harus pulang dengan kendaraan antihuru-hara (Baracuda) milik aparat setelah sukses mengalahkan tuan rumah Indonesia 1-0 dalam laga terakhir penyisihan Grup A SEA Games XXVI-2011 cabang sepak bola di Stadion Utama Gelora Bung Karno, Kamis (17/11/2011).

Para oknum suporter yang menggunakan atribut pendukung Indonesia memang telah menunggu pasukan "Harimau Malaya Muda" di depan pintu merah, serta pintu masuk dan keluar untuk tim Malaysia. Teriakan "tak bisa pulang", "maling", "tangkap malingnya" dan yel-yel lainnya dilontarkan oleh sebagian pendukung Indonesia sambil menunggu.Demi menghindari hal yang tidak diinginkan, pihak keamanan bersama panitia memutuskan untuk menggunakan Baracuda demi mengamankan pasukan Ong Kim Swee tersebut. Setidaknya, ada dua Baracuda yang disiapkan oleh pihak keamanan untuk mengangkut timnas Malaysia dan sejumlah tim ofisialnya, baik ketika datang tadi maupun saat pulang.Pengamanan ketat memang diberlakukan mengingat Malaysia merupakan musuh abadi Indonesia di kancah persepakbolaan Asia Tenggara. Namun, Pelatih Kim Swee menilai hal ini bukanlah masalah besar dan tidak akan memengaruhi mental anak asuhnya. "Oh saya bisa memaklumi ini. Saya tahu bagaimana situasinya. Ini bukan masalah yang besar," ujarnya kepada wartawan./kompas






Dipetik dari Kedahlanie

Wednesday, September 7, 2011

Jemputan Majlis Kesyukuran & Jamuan Sempena Aidilfitri


Assalamualaikum & Salam Sejahtera;

Rakan-Rakan Yang Saya Hormati,

JEMPUTAN KE MAJLIS KESYUKURAN DAN JAMUAN SEMPENA BULAN SYAWAL

Majlis tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 18 Sept 2011
Hari : Ahad
Tempat : 25, Persiaran Sek 3/18 , Bandar Putra Bertam Kepala Batas, Pulau Pinang
Masa : 11.30 - 4.00 petang

* Tahlil - akan diadakan pada pukul 11.30

So, kepada kawan-kawan yang berkelapangan dijemput datang

Tuesday, June 21, 2011

Lembu, motosikal punca lif rosak

2011/06/21
BUTTERWORTH: Tindakan tidak bertanggungjawab membawa masuk binatang ternakan termasuk lembu dan motosikal dalam lif, adalah antara punca menyebabkan kerosakan kemudahan itu yang disediakan untuk penghuni kediaman di bangunan tinggi di negara ini.

Kajian Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) ke atas kira-kira 2,000 lif di bangunan tinggi di ibu negara pada tahun lalu mendapati ada penghuni yang mementingkan diri dengan membawa masuk ternakan ke dalam lif. Perkara itu dimaklumkan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan, ketika merasmikan Persidangan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Ketiga 3 anjuran Persatuan Pengamal Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Wilayah Utara (NRG-SHE) di sini, semalam. “Kajian JKKP mendapati salah satu punca kerosakan lif ialah (penghuni) membawa masuk motosikal dan ada juga membawa masuk lembu.

“Inilah yang menyebabkan lif rosak sehingga menimbulkan isu berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan,” katanya.

Bercakap pada sidang media selepas itu, Maznah bagaimanapun, berkata kes sedemikian bukan penyebab utama kerosakan lif kerana kajian mendapati kemudahan berkenaan rosak akibat tidak diselenggarakan dengan sempurna.

Katanya, penyelenggaraan lif tidak dapat dilaksanakan berikutan sikap penghuni yang enggan menjelaskan yuran bulanan.
“Apabila satu lif rosak, pengurusan bangunan akan mengambil alat ganti daripada lif lain untuk memperbaiki dan akhirnya semua lif tidak dapat berfungsi sehingga menyusahkan semua penghuni,” katanya.

Bagi mengatasi keengganan penghuni menjelaskan yuran penyelenggaraan setiap bulan, Maznah berkata, kaedah yang dilaksanakan di beberapa negara dengan menyatukan yuran penyelenggaraan dengan sewa bulanan atau bil utiliti mungkin boleh dilaksanakan.

“Kajian wajar dilakukan untuk melihat kesesuaian yuran penyelenggaraan disatukan dengan sewa rumah ataupun bil utiliti dan ini dapat mengelak penghuni tidak menjelaskan yuran penyelenggaraan,” katanya.

Sementara itu, Maznah berkata Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) membayar pampasan berjumlah RM1.678 bilion kepada mangsa kemalangan di tempat kerja tahun lalu, peningkatan 19.3 peratus berbanding 2009 yang berjumlah RM1.354 bilion.

Wednesday, May 4, 2011

Balik Kg Part 1-Jo Cendol Pulut

Pengguna Lebuhraya Utara Selatan yang selalu menggunakan highway sampai ke Bukit Kayu Hitam pasti akan terperasan signboard "Jo Cendol Pulut" berhampiran dengan Napo sebelum sampai ke Pekan Changlon. Apa yang istimewa..????? Of course Cendoi Pulut la...so layan pic dah la. .....








Thursday, April 28, 2011

Apa dia Rare Earth atau Nadir Bumi, bahaya atau tidak?







Sekarang ini hangat diperkatakan mengenai Loji Nadir Bumi (Rare Earth/Tanah Jarang) yang akan beroperasi di Kuantan. Apa sebenarnya Nadir Bumi ini? Saya pun tak tahu sebelum ni. Samada kita hendak membantah atau menyokong projek Nadir Bumi ini , mari terlebih dahulu kita belajar sikit mengenai Nadir Bumi.

Pertamanya, apa itu Nadir Bumi (Rare Earth) ?
Ianya adalah mineral atau batuan yang jarang ditemui di dalam bumi. Nadir Bumi ini dijadikan bahan asas untuk pembuatan barangan.

Kereta Hybrid yang dikatakan selamat untuk alam sekitar sebenarnya adalah sebaliknya dalam proses pembuatannya. Setiap motor untuk kereta Toyota Prius Hybrid mengandungi satu kilo Neodymium dan setiap baterinya pula mengandungi lebih dari sepuluh kilo Lanthanum.


Antara elemen atau jenis Nadir Bumi ini dan produk yang dihasilkan ialah :
Prometium - Bateri Nuklear
Scandium - Diguna untuk pembuatan peralatan aeroangkasa
Yttrium- Digunakan dalam pembuatan konduktor bersuhu tinggi dan penapis gelombang mikro
Lanthanum - Kaca refleksi tinggi, penyimpanan hidrogen, elektrod batteri, lensa kamera
Cerium - Agen Pengoksida, Serbuk pengilat, pewarna ceramic
Praseodymium - Magnet, laser, komponen lampu berkarbon, pewarna kaca dan gelas, pembuatan kacamata keselamatan
Thulium - Pembuatan mesin X-Ray mudah alih
Ytterbium - Agen pengurangan kimia, laser inframerah
Terbium - Pembuatan lampu kalimantan, laser
Gadolinium - Kaca refleksi tinggi, laser, tube x-ray, memori computer (RAM), agen MRI
Neodymium - Magnet, laser, pewarna ungu untuk kaca dan ceramic, kapasitor seramik
Pemprosesan Nadir Bumi (Rare Earth) terbesar didunia bertapak di negara China.

Hampir 95% pemprosesan Tanah Jarang adalah dilakukan di negara China. Pemprosesan ini mendatangkan banyak kesan negatif kepada penduduk China, terutamanya kepada penduduk yang tinggal berhampiran kawasan pemprosesan ini. Air yang terdapat dikawasan sekitaran didapati tercemar dengan bahan radioaktif dan tidak sesuai untuk diminum ataupun digunakan untuk penanaman.


Bahan kimia bertoksik tinggi seperti asid, sulfat dan ammonia banyak digunakan dalam aktiviti pemprosesan ini.

Di wilayah Boutou, China, pihak pengkaji alam sekitar telah melarang air didaerah itu diguna untuk minum samada oleh manusia ataupun haiwan. Air di sana juga dilarang untuk tujuan penanaman.

Kini China mula mengurangkan pengeluaran Tanah Jarang akibat dari simpanan Tanah Jarang negara mereka yang semakin berkurangan. Tetapi permintaan untuk Tanah Jarang semakin tinggi kerana kebanyakan pembuatan bahan berteknologi memerlukan mineral dari Tanah Jarang. Kalau kita mahu mengurangkan penggunaan bahan bakar seperti petroleum, kita perlu teknologi Hybrid. Teknologi Hybrid cuma boleh terhasil dengan penggunaan mineral dari Tanah Jarang.

Di China, pencemaran radioaktif dan alam sekitar dalam pengeluaran Nadir Bumi ini sudah lama dikenal pasti, tetapi kerajaan negara itu tidak menghentikan pengeluaran Nadir Bumi ini kerana ingin menguasai permintaan dan pasaran dunia.


Tue Oct 26, 2010 4:44pm EDT
(Reuters) - Rare earth elements are used in a wide range of consumer products, from iPhones to electric car motors.
Rising tensions between China and Japan over an embargo on rare earth elements may spell good news for miners looking to fund projects outside of China.
Here are some facts on this elusive group of 17 metals:

WHAT ARE RARE EARTHS?
Lanthanum, cerium, praseodymium, neodymium, promethium, samarium, europium, gadolinium, terbium, dysprosium, holmium, erbium, thulium, ytterbium, lutetium, scandium, yttrium.

WHAT ARE RARE EARTHS USED IN?
Rechargeable batteries for electric and hybrid cars, advanced ceramics, magnets for electric car motors, computers, DVD players, wind turbines, catalysts in cars and oil refineries, computer monitors, televisions, lighting, lasers, fiber optics, glass polishing, superconductors, and weapons.

THE iPHONE CONNECTION
Rare earths make for smaller, lighter batteries and motors. The drive to miniaturization was first popularized by the Sony Walkman personal cassette tape player. Rare earths are now key to making handheld devices like Apple's iPhone and Research In Motion's BlackBerry.

BIGGEST CONSUMERS
China uses 51 percent of the world's rare earths, while Japan uses 17 percent. Global demand is forecast to grow rapidly as demand for green products increases.

BIGGEST PRODUCERS
China produces over 90 percent of global supplies. China mined 120,000 tonnes in 2008. Molycorp in California produces 3,000 tonnes per year, while Silmet Rare Metals in Estonia produces 2,400 tonnes per year. There are small amounts of rare earths mined in India, Malaysia and Brazil.

BIGGEST DEMAND
The demand for dysprosium, terbium, neodymium, praseodymium and europium is set to grow by a minimum of 8 percent a year.
Electric vehicle demand for dysprosium, neodymium and praseodymium is set to grow by an average of 790 percent in the next five years.

MINES UNDER DEVELOPMENT, OUTSIDE CHINA
Great Western Minerals, Steenkampskraal, South Africa
Avalon Rare Metals, Nechalacho, Canada
Molycorp, Mountain Pass, U.S.
Lynas Corp, Mount Weld, Australia
Arafura Resources, Nolans, Australia
Sources: U.S. Geological Survey, company web sites, Byron Capital Markets
http://www.reuters.com/article/2010/10/26/us-rareearth-factbox-idUSTRE69P4JW20101026

Dicopy dari:http://waghih.blogspot.com/

Tuesday, April 19, 2011

Makanan yang dilarang jual di kantin sekolah

Jawatankuasa khas yang ditubuhkan Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pelajaran bagi memantau larangan penjualan minuman berkarbonat dan makanan mengandungi gula berlebihan di kantin sekolah akan memperincikan jenis makanan yang boleh dan tidak boleh dijual di kantin sekolah untuk edaran dalam masa terdekat.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata pihaknya turut memberi jaminan harga makanan berkhasiat disediakan pengusaha kantin dijual pada harga berpatutan.“Mana-mana pengusaha kantin yang ingkar dengan larangan itu akan disenarai hitam dan pemantauan berterusan akan dilakukan oleh jawatankuasa khas yang dibentuk,” katanya selepas majlis pelancaran Sistem Integrasi Dewan Bedah Definisi Tinggi (OR1), Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di sini semalam.

Sementara itu, Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Bangsar, Nordin Yaman, berkata anak sihat dikawal ibu bapa atau penjaga yang bijaksana, bukan berpunca daripada minuman dan makanan di kantin sekolah.

“Budaya pemakanan sihat dikawal oleh ibu bapa atau penjaga, malah mereka perlu mengehadkan pemberian wang saku yang banyak kepada murid,” katanya.

Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan, berkata masalah penjualan minuman berkarbonat dan makanan mengandungi gula berlebihan masih wujud tetapi terkawal.
“Saya mencadangkan satu jawatankuasa ditubuhkan di antara Kementerian Pelajaran, Kementerian Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta pihak sekolah bagi mengadakan pemeriksaan mengejut di kantin dan kawasan luar sekolah,” katanya.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan, berkata mesin minuman berkarbonat hanya terdapat di sekolah besar, manakala makanan jarang mengandungi gula berlebihan.

Tinjauan mendapati pengusaha kantin sekolah didapati tidak menjual minuman berkarbonat dan makanan mengandungi gula berlebihan, walaupun belum menerima surat larangan jualan makanan itu yang berkuat kuasa serta-merta 4 April lalu.

Sebaliknya mendapati banyak air kotak, minuman perisa buah-buahan dan isotonik yang dijual, selain makanan seperti nasi lemak, mi goreng, mihun goreng, kuew tiaw goreng, nasi goreng, laksa dan makanan berlauk.

Walaupun kantin sekolah tidak menjual minuman berkarbonat, terdapat sesetengah pihak swasta yang menyumbang mesin air minuman berkarbonat kepada sekolah tertentu.

Pengusaha kantin Sekolah Kebangsaan (SK) Bangsar, Kamarul Anuar Muhaiyiddin, 32, berkata mesin air minuman berkarbonat perlu dikeluarkan dari kawasan sekolah jika larangan itu mahu diseragamkan.



sumber : Bharian

Monday, April 18, 2011

Penduduk halang feri berlabuh



Last month aku balik kat Pulau Redang dah dikenakan jumlah tambang RM25. Bila aku tanya kaunter dia kata arahan pengurusan. Aku tanya ada surat dari kementerian terus dia senyap.......

Bulan 6 ni nak balik lg. Nak tanya soalan tu sekali lagi

Dipetik dari KOSMO:

KUALA TERENGGANU - Kira-kira 100 penduduk Pulau Redang dekat sini mengadakan bantahan secara aman dengan menghalang feri daripada berlabuh di jeti pulau itu.

Bantahan selama sejam bermula pukul 11.30 pagi semalam adalah sebagai protes ekoran kenaikan harga tiket yang dikenakan pihak pengurusan feri kepada penduduk pulau.

Ketika mengadakan bantahan itu, penduduk berkumpul di sepanjang jeti untuk menghalang feri daripada berlabuh dan menurunkan penumpang di jeti berkenaan.

Ekoran itu, feri tersebut terpaksa berhenti kira-kira 50 meter dari jeti sebelum semua penumpang dibawa ke darat menggunakan bot.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Baru Pulau Redang, Ladin Awang berkata, bantahan yang dibuat itu adalah susulan rasa tidak puas hati penduduk pulau itu terhadap kenaikan harga tiket feri.

Katanya, harga tiket asal bagi perjalanan sehala dari Kuala Terengganu ke Pulau Redang dan sebaliknya adalah RM20 bagi dewasa tetapi telah dinaikkan kepada RM25 baru-baru ini.

"Mengikut memo yang dikeluarkan, kenaikan harga tiket sebanyak RM5 ini berkuat kuasa 8 Mac 2011 dan penduduk menganggap kenaikan ini sebagai tidak berasas," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Friday, April 8, 2011

Keadilan Untuk Semua

Walaupun seseorang itu mungkin tidak baik dari segi agamanya, namun ia bukan lesen untuk membolehkan dia dizalimi. Perbezaan agama, atau kumpulan atau amalan, tidak membolehkan masyarakat menindasnya dalam perkara yang dia tidak bersalah. Sebab itu Nabi s.a.w mengingatkan:

“Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang jahat. Kejahatannya itu bagi dirinya” (Riwayat Ahmad, dinilai hasan oleh al-Albani dalam al-Silsilah al-Sahihah).

Dalam riwayat Ahmad juga, Nabi s.a.w bersabda: “Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang kafir kerana ianya tidak ada hijab (penghalang untuk Allah menerimanya). (Dinilai hasan oleh al-Albani dalam al-Sahihah).

Monday, March 28, 2011

“Kalau tak suka pulangkan!”

“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..” Moga apa yg dipaparkan ini akan dijadikan panduan. Kredit kepada tuan punya karya....syahduuuu

Kereta dihentikan betul-betul di hadapan rumah. Pintu pagar automatiknya terbuka. Perlahan kereta di halakan ke dalam garaj. “Horey! Papa balik!” Kelihatan anak-anaknya berlari mengiringi keretanya.“Tepi! Bahaya tau tak?” Jeritnya. Anak-anak termanggu. Cahaya kegembiraan di wajah mereka pudar. Aimin bawa adik ke belakang.” Arahnya pada anak yang sulong. Pulangnya petang itu disambut dingin oleh anak-anak. Isterinya turut terdiam bila mendengar anak-anak mengadu tentang papa mereka. “Papa penat. Aimin bawa adik mandi dulu. Mama siapkan minum petang. Lepas minum papa mesti nak main bola dengan kita,” pujuk Laila. Dia yang mendengar di ruang tamu hanya mendengus. Seketika kemudian terdengar hilai tawa anak-anaknya di bilik mandi. Dia bangun. “Hah! Main air. Bil bulan ini papa kena bayar dekat seratus. Cepat! Tutup paip tu! Buka shower!” Sergahnya. Suara yang bergema mematikan tawa anak-anaknya. “Asal saya balik rumah mesti bersepak. Kain baju berselerak. Apa awak makan tidur aje ke duduk rumah?” sambungnya kembali bila isterinya terpacul di belakang pintu. “Anak-anak pa. Diorang yang main tu. Takpe nanti mama kemas. Papa minum ye. Mama dah siapkan kat taman.” Balas isterinya lembut. “Fail saya kat depan tu mana?” “Mama letak dalam bilik. Takut budak-budak alihkan.” “Boleh tak awak jangan usik barang-barang saya? Susah tau tak? Fail tu patutnya saya bawa meeting tengahari tadi.” Rungutnya sekalipun di hati kecil mengakui kebenaran kata-kata isterinya itu. Suasana sepi kembali.

Dia menarik nafas berat. Terasa begitu jauh berbeza. Dia tercari-cari riuh suara anak-anak dan wajah isterinya. “Laila…” Keluhnya Akhirnya dia terlena di sofa. “Saya nak ke out station minggu depan.” “Lama?” Soal Laila. “Dalam seminggu.” “Cuti sekolah pun lama. Mama ikut boleh?” “Budak-budak? “ “Ikut jugalah.” “Dah! Takde! Takde! Susah nanti. Macam-macam diorang buat kat sana. Tengok masa kat Legacy dulu tu…” “Masa tu Amirul kecik lagi.” Balas Laila. Wajahnya sayu. Dia masih berusaha memujuk biarpun dia tahu suaminya tak mungkin berganjak dari keputusan yang dibuat. Tak mungkin peristiwa Amirul terpecahkan pinggan di hotel dulu berulang. Anak itu masih kecil benar sewaktu ia berlaku. Lagipun apa sangatlah harganya pinggan itu malahan pihak hotel pun tak minta ganti rugi. “Bolehlah Pa! Lama sangat kita tak ke mana-mana.” “Nak jalan sangat Sabtu ni saya hantar awak balik kampung,” Muktamad! Demikianlah seperti kata-katanya. Anak-anak dan isterinya dihantar ke kampung. Laila tak merungut apa-apa meskipun dia tahu isterinya berkecil hati. Anak-anak terlompat riang sebaik kereta berhenti di perkarangan rumah nenek mereka. Tak sampai setengah jam dia telah bergegas semula untuk pulang.

Bapa mertuanya membekalkan sebuah kitab lama. “Cuba-cubalah baca. Kitab tu pun abah ambil dari masjid. Dari mereka bakar abah ambik bagi kamu!” “Manalah saya ada masa..” “Takpe..pegang dulu. Kalau tak suka pulangkan balik!” Dia tersentak dari khayalannya. “Kalau tak suka pulangkan balik!” Kata-kata itu bergema di fikirannya. Dia rasa tersindir. Tahukah bapa mertuanya masalah yang melanda rumahtangganya itu? Bukan..bukan tak suka malah dia tetap sayang sekalipun Laila bukan pilihannya. Dunia akhirat Laila adalah isterinya.

Cuma.. “Mizi, makan!” Panggil ibunya yang datang menemaninya sejak seminggu lalu. “Jangan ikutkan hati. Yang sudah tu sudahlah.” “Papa! Makan!” Jerit Aiman ,anak keduanya sambil tersengih-sengih mendapatkan dirinya. “Tak boleh panggil papa elok-elok. Ingat papa ni pekak ke?” Aiman menggaru kepalanya yang tak gatal. Pelik! Kenapa papanya tiba-tiba saja marah. Dia berpatah semula ke dapur. “Awak masak apa?” “Mama masak sup tulang dengan sambal udang!” jawab Amirul memotong sebelum sempat mamanya membuka mulut. “Takde benda lain ke awak boleh masak? Dah saya tak nak makan. Hilang selera!” “Papa nak ke mana?” Soal isterinya perlahan. “Keluar!” “Mama dah masak Pa!” “Awak saja makan!” “Takpe Aiman boleh habiskan. Cepatlah ma!” Laila tahu Aiman hanya memujuk. Anak keduanya itu sudah pandai mengambil hatinya. Aimin tersandar di kerusi makan. Sekadar memerhati langkah papanya keluar dari ruang makan. “Kenapa sekarang ni papa selalu marah-marah ma?” Soal Aimin sambil menarik pinggannya yang telah berisi nasi. “Papa banyak kerja agaknya. Dah! Makan.” “Abang tak suka tengok papa marah-marah. .” “Adik pun sama. Bila papa marah muka dia macam gorila kan?” Kata-kata Aiman disambut tawa oleh abang-abangnya yang lain. Laila menjeling. Di hati kecilnya turut terguris Besar sangatkah dosanya hingga menjamah nasi pun tidak. Kalau ada pun salahnya, apa?..


Syamizi menjengah ke ruang dapur. Kosong. “Laila..” serunya “Sudahlah tu Mizi! Jangan diingat-ingat. Kerja Tuhan ni tak dapat kita tolak-tolak. Bawak-bawaklah beristighfar. Kalau terus macam ni sakit kau nanti.” Kata ibunya yang muncul tiba-tiba. “Sunyi pulak rumah ni mak,” “Lama-lama kau biasalah.” Airmatanya menitis laju. “Kalau tak suka pulangkan!” Dia rasa terhukum. Hampir segenap saat kata-kata itu bergema di sekitarnya. Dia rasa terluka. Kehilangan yang amat sangat. “Papa beli apa untuk Aiman?” Soal Aiman sebaik dia pulang dari outstationnya. “Beli apa pulak? Barang permainan kan bersepah dalam bilik belakang tu.” “Tak ada lah?” “Ingat papa ni cop duit?” Aiman termanggu. Dia berlalu mencari mamanya di dapur. Seketika kemudian rumah kembali riuh dengan telatah anak-anak lelakinya yang bertiga itu mengiringi mama mereka yang sedang menatang dulang berisi hidangan minum petang. Wajah Laila direnungnya. Ada kelainan pada raut itu. Riaknya tenang tapi ada sesuatu yang sukar ditafsirkannya. “Awak tak sihat ke?” Laila tersenyum. Tangannya pantas menuang air ke cawan. “Papa, tak lama lagi abang dapat adik lagi.” Aimin mencelah di antara perbualan kedua ibu bapanya. Shamizi tersenyum. Jemari isterinya digenggam erat. Tiba-tiba cawan berisi kopi yang masih panas terjatuh dan pecah di lantai. Aiman tercegat. “Tengok! Ada saja yang kamu buat. Cuba duduk baik-baik. Kalau air tu tak tumpah tak sah!” Tempiknya membuatkan anak itu tertunduk ketakutan. Baju mamanya dipegang kejap. Lengan Aiman dipegangnya kuat hingga anak kecil itu mula menangis. Pantas saja akhbar di tangannya hinggap ke kepala anaknya itu. Laila cuba menghalang tapi dia pantas dulu menolak isterinya ke tepi. Aiman di pukul lagi. Amirul menangis. Aimin mendapatkan mamanya. “Perangai macam beruk! Tak pernah buat orang senang!” Laila bangun dari jatuhnya dan menarik lembut Aiman ke dalam pelukkannya. Airmata mereka bersatu. Pilu sungguh hatinya melihat kekasaran suaminya terhadap anak-anak. “Cukuplah pa. Papa dah hukum pun dia tapi janganlah sebut yang bukan-bukan. ” Ujar Laila perlahan “Macamana awak didik budak-budak sampai macam ni teruk perangainya? Tengok anak orang lain ada macam ni? Anak kak Long tu tak pulak macam ni. Panjat sana, kecah barang. Gila apa?” Omelnya kembali. Shamizi meraut wajah. Bukan kepalang salahnya pada Aiman. Padanya anak itu tak pernah dapat memuaskan hatinya. Ada saja salah Aiman di matanya. Ada saja yang kurang di hatinya terhadap anak-anak dan isteri. Tak cukup dengan perbuatan malah dia begitu mudah melemparkan kata-kata yang bukan-bukan terhadap mereka. “Tak boleh ke kamu semua senyap? Dalam sehari ni boleh tak diam? Rimas betul duduk dalam rumah ni.” Laila menyuruh anak-anaknya bermain di halaman belakang rumah. Memberi sedikit ruang buat suaminya menonton dengan tenang. Malangnya tak lama kemudian kedengaran bunyi tingkap kaca pecah. “Celaka betul!” Sumpahnya sambil menghempaskan akhbar ke meja. “Abang!” “Baik awak tengok anak-anak awak tu sebelum saya hambat dengan rotan! Perangai satu-satu macam tak siuman!” Getusnya kasar. Akhirnya tingkap yang pecah kembali diganti. Cerita sumpah seranahnya petang itu hilang begitu saja.

Laila berubah. Sikapnya yang pendiam menjadi semakin pendiam. Anak-anak juga sedikit menjauh. Tak ada lagi cerita Amirul di tadika. Tak ada lagi kisah Aimin yang cemerlang di dalam sukan sekolahnya. Aiman juga tak lagi mahu memanggilnya makan. Shamizi terasa puas hati. Barangkali itu saja caranya untuk memberi sedikit pengajaran pada anak-anak.

“Pak Ngah, Eddie nak balik!” Shamizi terpana. Dia mengangguk. “Kak Long balik dulu Mizi. Sudahlah! Kamu muda lagi. Cari pengganti.” Alangkah mudahnya. Kalaulah dia boleh bertemu lagi yang serupa seperti Laila. Laila tak ada yang kurang Cuma dia yang tak pernah puas hati. Laila tak pernah merungut. Laila tak pernah membantah. Sepanjang usia perkahwinan mereka Laila tak pernah meminta lebih dari apa yang dia beri. Laila cuma dapat gred B walaupun dia teramat layak untuk mendapat gred yang lebih baik dari A.

“Laila…” “Papa nak ke mana hensem-hensem gini?” Dia tersenyum sambil menjeling ke cermin meninjau bayang isterinya yang kian sarat. “Wangi-wangi lagi. Dating ye?” “Saya ada makan malam di rumah bos besar. Dia buat makan-makan untuk staff.” Ujarnya masih leka membetulkan kolar kemeja batiknya. “Ikut boleh?” “Dia tak ajak family. Staff only!” Terangnya sedangkan difikirannya terfikir lain. Kali ni dia akan pergi ke jamuan tu dengan Helmi. Helmi akan turut menumpangkan Maria dan Harlina. Staff yang masih muda dan bujang. “Dalam setahun papa selalu ke jamuan office tapi tak pernah pun bawak kami.” “Leceh kalau ada budak-budak. Bukan tau duduk diam Lari sana sini, panjat itu ini. “ “Papa pesanlah..” “Nantilah besar sikit.” Dalihnya. “Kalau tunggu besar takut takde peluang. Nanti diorang tu dah tak nak ikut pergi mana pun.” “Lagi senang. Saya kalau lasak-lasak ni buat hati panas je,” Laila terdiam. “Namanya budak-budak. Anak-anak papa tu lelaki.” “Saya pergi kejap je. Lepas tu terus balik.” “Mama tanya sikit boleh?” Dia mengangguk “Bos tak pelawa atau papa malu nak bawa mama dan anak-anak?” Mereka dia tinggalkan di rumah. Di jamuan tu ramai staff yang membawa keluarga mereka bersama. Pada Shamizi dia mahukan keselesaan sedangkan hakikatnya anak-anak staff yang lain lebih lasak dan nakal. Semeja hidangan untuk anak-anak staff berderai bila ada yang bermain tarik-tarik alas kainnya. “Never mind. Budak-budak memang macam tu. Kalau tak lasak tak cerdik,” ujar Mr. Kwai, tuan rumah.

Shamizi sedikit mengakui kebenaran kata-kata itu. Anak-anaknya pun nakal tapi amat membanggakan dalam pelajaran. Namun dia rasa serba tak kena bila bersama mereka. Bimbang ada yang menyata yang bukan-bukan tentang anak-anaknya yang lasak apatah lagi tentang isterinya Laila. Bimbang dimalukan dengan perangai anak-anaknya. Bimbang jika dikatakan Laila tidak sepadan dengan dirinya. Dia lulusan luar negara sedang Laila cuma perempuan kampung. Tak pandai bergaya seperti staff wanita yang lain. Betullah jangkaan Laila, dia malu untuk memperkenalkan isteri dan anak-anaknya pada rakan-rakan. “Kalau tak suka pulangkan!” Kata-kata itu semakin keras di fikirannya. Pagi itu anak-anak sekali lagi dimaki sebelum ke sekolah. Semata-mata bila Aimin dan Aiman bergelut berebutkan tempat duduk di meja makan menyebabkan air cuci tangan tumpah ke meja. Berangnya tiba-tiba menguasai diri. Kepala kedua-duanya di lagakan sedangkan perebutan itu tidak pula disusuli dengan perkelahian. “Kamu semua ni..kalau macam ni daripada ada elok tak ada. Menyusahkan! ” Laila merenungnya dalam.. Matanya berkaca dan anak-anak ke sekolah tanpa menyalaminya seperti selalu. Laila juga tidak berkata apa-apa sebelum menghidupkan enjin untuk menghantar anak-anak ke sekolah.

Shamizi dapat melihat Laila mengesat airmatanya. Dia terus menghadapi sarapannya. Sejenak dia terpandang hidangan untuk anak-anak yang tak bersentuh. Susu masih penuh di cawan. Roti telur yang menjadi kesukaan anak-anak juga tidak dijamah. Bekal di dalam bekas tidak diambil. Pelik! Selama ini Laila tak pernah lupa..

“Kalau tak suka pulangkan,” Kali ini dia benar-benar menangis. Laila dan anak-anak terus tak pulang selepas pagi itu. Hari-harinya tak lagi diganggu dengan gelagat anak-anak. Rumah terus sunyi dan sepi. Tetap dia tak dapat tidur dengan lena. Di halaman belakang hanya ada kenangan. Kelibat anak-anaknya bergumpal dan berlari mengejar bola tak lagi kelihatan. Riuh anak-anak bila mandi di bilik air juga tidak lagi kedengaran. Dia mula dihambat rindu. Hanya ada kesunyian di mana-mana. Hanya tinggal bola yang terselit di rumpun bunga. Selaut rindu mula menghambat pantai hatinya. Laila… Benarlah, kita hanya tahu harganya bila kita kehilangannya. Laila terus tak pulang sekalipun dia berjanji untuk berubah. Laila pergi membawa anak-anaknya pagi itu bila kereta mereka dirempuh sebuah kereta lain yang dipandu laju. Laila pergi tanpa meninggalkan satu pun untuknya. Laila pergi membawa Aimin, Aiman, Amirul dan zuriat yang bakal dilahirkan dua bulan lagi.. Dia menangis semahu-mahunya bila menatap wajah lesi anak-anak dan isterinya. Dia meraung memeluk tubuh Laila yang berlumuran darah. Hakikatnya Laila adalah kitab lama itu, lapuk bagaimana pun dipandangan harganya tak terbanding, dan kerana keengganannya Laila dipulangkan.

“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..” Dipetik dari blog srikandi cinta

Wednesday, March 23, 2011

Kembalikan wang saman ekor

P/S: Baguih jugak kalau dapat balik duit yang aku guna bayar notis saman ekor nii. Nak settle saman sampai kena keluar duit tabungan aku kat ASB. Miss aku punya allocation utk parent aku selama dua bulan...sebab takut kereta kena blacklist...huhuhu..


Dipetik dari Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 23 Mac: Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) menuntut kerajaan mengembalikan wang rakyat yang telah membayar saman ekor akibat tidak boleh memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu.

Pengerusinya, Datuk Mahfuz Omar berkata, kerajaan mengambil wang mangsa saman ekor 'secara paksa' dan menyusahkan mereka yang terpaksa beratur panjang untuk membuat pembayaran.

Namun katanya, selepas itu mesyuarat kebinet pada Jumaat lalu memutuskan untuk menagguhkan senarai hitam pemilik kenderaan sehingga kerajaan boleh membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuching bahawa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak berhak menyenarai hitam dan menghalang pemilik kenderaan memperbaharui cukai jalan.

"Keputusan kabinet pada Jumaat untuk menangguhkan senarai hitam bermaksud pemilik kenderaan boleh perbaharui cukai jalan. Jadi bagaimana dengan mereka (mangsa saman ekor) yang dah bayar?

"Kase menuntut kerajaan mengembalikan wang mereka sebab daripada awal lagi kami tegaskan kerajaan tak ada hak untuk menyenarai hitam pemilik kenderaan sebelum mahkamah membuktikan mereka bersalah," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu turut mempersoal keputusan kerajaan yang menangguh senarai hitam itu sehingga mereka boleh membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuching dalam kes ini sedangkan katanya, tempoh untuk kerajaan membuat rayuan telah tamat.

"Tempoh untuk kerajaan merayu dah tamat. Jadi tak tahu kerajaan akan salah gunakan undang-undang mana lagi untuk bolehkan mereka membuat rayuan," tegasnya.

Sementara itu, seorang mangsa saman ekor, Nashita Mohd Nor kesal apabila beliau tetap tidak boleh memperbaharui cukai jalan di JPJ Wangsa Maju pagi tadi.

"Saya pergi JPJ Wangsa Maju pagi tadi untuk perbaharui cukai jalan tapi tetap tida boleh. Sedangkan kementerian kata dah tangguh senari hitam," katanya.

Saman kerajaan

Sementara itu, Kase katanya dalam proses mengambil tindakan mahkamah terhadap Kementerian Pengangkutan khususnya JPJ jika mereka tida menarik balik senarai hitam pemilik kenderaan.

Tindakan mahkamah ini bagi menuntut gantirugi kehilangan penggunaan kenderaan kerana dihalang JPJ tanpa alasan yang sah.

"Kase sudah bermesyuarat semalam dengan panel undang-undang dan bersetuju untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap JPJ.

"Sebagai permulaan, kami akan kumpulkan sepuluh mangsa dari setiap negeri dan akan kumpul maklumat mereka," katanya.

Sehubungan itu. Kase meminta pemilik kenderaan yang ingin berbuat demikian memberikan maklumat lengkap mereka kepada jawatankuasa.

"Segala maklumat boleh disalurkan melalui email kami iaitu kempenantisamanekor@gmail.com atau ke laman facebook Kase untuk mendapat maklumat lanjut," katanya.

Turut bersama beliau ahli Parlimen Jerai Firdaus Jaafar yang juga pengerusi Kase negeri Kedah dan peguam Zulhazmi Shariff.

Tuesday, March 22, 2011

Harga getah turun hingga 48 peratus

Berkurangla pendapatan para penoreh getah niii..semenjak harga getah ni turun. Waktu nak naik punyalah payah. Sehari kenaikan hanya sekupang dua...waktu turun terus sekali seringgit lebih....harap-harap penurunan ini hanya sementara. Masih ramai rakyat marhaim yang berada di ceruk-ceruk hujung negeri mengharapkan pada hasil getah ini.....


KUALA LUMPUR, 22 Mac: Harga komoditi utama seperti kelapa sawit, getah, koko dan lada kekal berada di paras tinggi sejak 5 tahun lalu hanyalah pada kedudukan umum, tetapi kini para penoreh getah kembali terhimpit apabila harga komoditi utama itu telah turun mendadak sehingga 48 peratus.

Sehubungan itu, kerajaan diminta menubuhkan stok pengimbal getah negara bagi mengawal harga komoditi utama itu agar terus kekal tinggi dan tidak naik dan turun mendadak.

Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah menjelaskan, penurunan harga getah sehingga 48 peratus berlaku sejak dua minggu lalu apabila harga sekilogram getah sekerap hanya RM4.60 berbanding harga tertinggi sebelum ini RM8.80 sekilogram.

Menurut beliau, penurunan harga sehingga RM4.20 sekilogram itu tentunya amat membebankan para penoreh getah, tetapi harga itu juga belum diketahui sama ada akan terus bertahan pada paras itu atau akan terus turun lagi sehingga lebih membebankan para penoreh getah di kampung-kampung.

Katanya, untuk menjaga kebajikan para petani, peneroka dan penoreh getah, beliau telah bertanyakan kepada pihak kerajaan apakah langkah yang dilakukan agar harga komoditi utama itu terus kekal tinggi menerusi soalan tambahan pada persidangan Dewan Rakyat semalam.

"Jawapan yang diberikan oleh Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Hamzah Zainudin itu memang betul, tetapi ia tidak merujuk kepada keadaan sebenar harga getah sejak dua minggu kebelakangan ini yang telah turun mendadak sehingga sebanyak itu," katanya ketika ditemui di lobi Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Semalam ketika menjawab pertanyaan Wan Abdul Rahim, Hamzah menjelaskan harga komoditi utama seperti kelapa sawit, getah, koko dan lada kekal di paras tinggi sejak 5 tahun lalu.

Contohnya, harga purata minyak sawit mentah (crude palm oil - CPO) pada tahun 2010 adalah di paras RM3,620 setan berbanding dengan RM1,395 setan pada tahun 2005, iaitu kenaikan sebanyak 159 peratus dalam tempoh 5 tahun.

Bagi tempoh Januari hingga Februari 2011 pula, harga purata CPO adalah RM3,789 berbanding RM2,532.50 dalam tempoh yang sama pada tahun 2010.

Harga getah gred SMR 20 telah meningkat daripada RM5.23 sekilogram pada tahun 2005 kepada RM10.58 sekilogram pada tahun 2010. Paras tertinggi dalam sejarah yang telah dicapai adalah RM17.17 sekilogram iaitu pada 18 Februari 2011. Manakala bagi tempoh Januari hingga Februari 2011 harga purata gred SMR 20 adalah RM16.26 sekilogram.

Mengulas perkara itu dengan lebih lanjut, Wan Abdul Rahim menjelaskan, penurunan harga getah sehingga hampir 50 peratus itu sebenarnya bukan berpunca dari kekurangan permintaan terhadap getah asli di seluruh dunia, tetapi disebabkan stok yang tinggi atau berlebihan di kilang-kilang getah sehingga menyebabkan pihak kilang kurang melakukan pembelian daripada para penoreh.

"Apabila pihak kilang telah menghantar atau mengeksport dalam kuantiti yang banyak ke luar negara, harga getah akan tinggi kembali, tetapi kita tidak pasti bila akan berlaku dan akan bertahan selama mana," katanya.

Untuk membolehkan harga getah terus kekal tinggi, beliau menyarankan pihak kerajaan agar mengawal selia kedudukan pengilang-pengilang supaya penurunan sebanyak itu tidak berlaku.

Selain itu, beliau juga menyarankan kerajaan agar mewujudkan semula stok pengimbal getah negara supaya dapat mengawal harga getah secara langsung bagi membolehkan harga getah terus kekal tinggi demi kepentingan para penoreh dan negara.

Dalam masa yang sama, beliau turun mengingatkan pihak kerajaan agar turut memikirkan tentang kepentingan mengembalikan semula kedudukan negara sebagai negara pengeluar getah asli utama dunia dengan melakukan beberapa langkah yang diperlukan, memandangkan Malaysia kini berada di tangga kedua di belakang Thailand dalam senarai pengeluar getah dunia.

"10 tahun lalu, harga getah (sekerat) hanya 35 sen sekilogram. Kini harganya memang dah jauh lebih tinggi, tetapi turun pula hingga 48 peratus dua minggu lalu. 40 tahun lalu juga, Malaysia adalah pengeluar utama getah dunia dan kerajaan turut ujudkan stok pengimbal getah negara.

"Kini kita minta kerajaan wujudkan kembali stok pengimbal getah negara dan lakukan beberapa langkah bagi mengembalikan kedudukan negara sebagai pengeluar getah utama dunia.

"Kita tak rugi kalau terus menjadi pengeluar getah utama dunia kerana permintaan terhadap getah asli dunia tidak pernah berkurangan. Contohnya Jepun. Di Jepun, getah asli digunakan sebagai tapak pembinaan bangunan. Selain Jepun, getah asli juga turut diimport oleh negara-negara lain lagi," ujar beliau.

Dipetik dari Harakahdaily