Come & Click With Us

Monday, September 2, 2013

Harga Minyak Naik-Kenapa Kita Bising

Kita bising minyak naik bukan kerana kita benci
Kerajaan Malaysia.

Kita bising minyak naik bukan kerana kita tak
mampu bayar. ...

Tapi...
Kita bising sebab janji tak serupa bikin.
Kita bising sebab kesiankan rakyat marhaen.

Memang kita berduit.
Memang kita berharta. Namun,
jauh di pelusuk sana,
ada yang menghitung syiling. Ada yang bekerja teruk terkontang kanting.
Mereka tak ada slip gaji.
Jauh sekali socso mahupun kwsp.Kerjanya keluar
pagi balik dinihari.

Dan kalian pula berbicara indah persis pujangga
metropolis?
Hanya 20 sen?
Itu pun nak bising?
Kerja lah lebih kuat lagi?
Beribadatlah lebih lagi?
Untuk dimurahkan rezeki? Ya...

Sembang kalian sembang mereka yang berharta.
Sembang kalian sembang orang yang penuh
wibawa.

Sedangkan ada mereka yang facebook pun tiada.

Motor buruk hanya tunggu masa.

Kerja lebih kuat dari si sarjana muda.

Kerja lebih ikhlas dari si phd mahupun master.

Hanya untuk mulut mereka sekeluarga. Ya..
Mereka tak berharta.
Salah mereka kerana tidak berusaha di zaman muda.

Tapi adakah kita berilmu untuk menjadi penindas
mereka?

Kalau itu sistem kehidupan.
Aku rela jadi bodoh dari kalian.
Kerana aku taknak
hilang perikemanusiaan.

Thursday, September 6, 2012

2 in 1-Pulau Perhentian (Cuti-Cuti) Part 4


Sambungan dari part 3

Dah letih bersantai cuci mata & berendam kat long beach, kami semua naik bot utk balik ke tempat penginapan.

 
Bot dipandu oleh suami gayah. Kat sini tokey chalet pun kena bawak bot mcm biasa. Kalau kat KL mesti dah bawak mercedes....huhuhu..simple giler hidup kat pulau niii
 
Pemandangan dari atas bot. Ayaq laut tenang. Nak jumpa ombak hangpa mai bulan Disember....
 
Masing-masing steady saja. Maklumla dah biasa naik bot. Mana ada pakai life jacket. Aku ja yang tak biasa ...huhuhuhuhu
Hantar anak-anak saudara gayah kat Mama's chalet dulu. Diaorang tinggal kat sini. Bot tak perlu merapat. Depa ni terjun dari tengah. Berani sungguhhhh
 
 


OTW balik singgah kat port di mana hubby gayah letak dia punya bubu. Dia kata dia ada 2 tapi dah kena kebas baru-baru ni. Jadi tinggai 1 saja. Bubu ni dia pasang suka-suka. Teringin nak makan ikan baru dia mai angkat......

Kalau aku tarik mau tak naik bubu niiiiii
 
Tu dia ikan.....
 
Fresh & terbaik dari Pulau Perhentian
 
Ni gambar mem aku dgn kawan sekolah dia yg tinggai kat pulau ni. Nama aku tak ingat pulak. Dia lah yg tolong siapkan ikan bakaq malam tu. TQ yeeee.
 
Tengok muka angah. Dah nampak mcm muka org jepun terbakaq panaih pun ada. Takpa setahun sekali saja

Ikan-ikan yg diangkat dari bubu tadi + ayam + sotong. Bab tgh makan aku takdan ambik gambaq. Masing-masing lapaq sangat. Habis makan aku bawak anak-anak balik tido. Mem aku sambung cerita ngan member-member dia sampai pukul berapa ntahhhh.....

Sarapan terakhir di Pulau Perhentian sblm menaiki bot ke Jeti Kuala Besut. Nampak tak muka alif...hehehehe terbakaq habess. Makan baby...nanti lapaq.

Anak-anak ikan yang bermain-main di jeti. Takpa ikan-ikan oiii. Nanti aku mai lagi...

Ok. Masa utk pergi. Terima utk Gayah & family, kawan mem aku (lupa lak nama dia) atas layanan semasa kami sekeluarga bercuti kat sini. Memang hangpa layan kami sungguh-sungguh. Nanti kami mai lagiiiii....
 
So habislah coretan ttg bercuti kali ini. Walaupun bercuti yg penting hajat mem aku nak jumpa kawan lama dia tercapai. Lepas ni nak beraya kat pasir puteh pulak...
 

Monday, September 3, 2012

2 in 1-Pulau Perhentian (Cuti-Cuti) Part 3

Sambungan..


Jam 4 ptg Gayah dgn husband dia mai kat tempat kami dok mandi. Dia ajak kami gerak ke Long Beach pulak....katanya Long Beach waktu petang sgt sesuai lepak kat situ, tak berapa panas sangat.

So...yesss, naik bot lagi...

 Sampai kat Long Beach, gayah ajak masuk kedai mak mertua dia. Beli aiskrim sorang satu. Lepas ni pi makan aiskrim tepi pantai....

 Petang-petang mcm ni ramai org dok lepak kat bawah payung sambil makan aiskrim @ baca novel. Kalau mai berdua dgn mem aku..mau aku pun layan mcm depa jugak.

Anyway for info, payung kat situ boleh disewa dgn harga RM10 sehari................


Sambil tu layan tengok anak penyu sat. Nak pegang pun bolehhhhhh...
 Suasana pasir yg memutih menyebabkan ramai pelancong suka lepak kat sini. Kalau nak happening mlm boleh mai pulak . Mcm-mcm aktiviti dok ada.....


Hahahaha...layan mai pasir lak.

Kering...basah semula. Itulah keja kami seharian kat pulau niiii
Posing kat tepi bot. Insyaallah nanti aku beli sebiji. Boleh parking kat pulau redang. Balik kg boleh guna utk ronda-ronda. Doa kan yaaaaa.....

Semua org makan aiskrim. Harga boleh tahan...
 
Kat pulau ni...ada disediakan perkhidmatan teksi teksi air. Nak kemana-mana mudah saja. Siap ada harga dah. Kalau pandai boleh tawar sikit-sikit. Malam harga akan jadi double..
Kedai makan juga disediakan. Yg penting kena ada duit..ahahhaha
 
 
 
Snorkelling trip boleh book kat sini...
 
Minah kat boleh tu heran tgk budak2 ni makan aiskrim kut...
 
 
 
 
 
Malas berenang boleh layan beach volleyball
 
Kesimpulan, long beach sangat sesuai utk bersantai bagi mrk yg bukan dtg bekeluarga. Kena pulak kalau makcik-makcik mai sini.... Mau pitam dia dok tengok gelagat depa-depa ni.

Tempat ni sangat happening waktu malam. Tahun dpn target nak mai waktu malam pulak kat sini......

2 in 1-Pulau Perhentian (Cuti-Cuti) Part 2

Selepas sembahyang subuh, kami sekeluarga terus menuju ke gerai di tepi pantai. Bersarapan nasi minyak dgn daging goreng sgt menyelerakan. Mem aku mcm biasa, dgn lauk ikan tongkol. Pak mertua aku dah balik dari masjid usai solat subuh pun dah ada dok pekena kopi. Diajak utk join skali mandi laut, ia lantas menggeleng kepala.

Sarapan pagi hari ni ditaja oleh member mem aku. Dia dah aturkan trip mandi manda + makan-makan utk hari ni..

Kat jeti, aku pakaikan anak2 aku sunblock. Baby dok tahan aku dok lumuq sunblock kat muka dia.

 
Kedua-dua dah ready nak naik bot pi mandi. Dah siap lumuq sunblock dah. Habis putih muka.......
 

Lokasi pertama kami mandi manda adalah di depan Perhentian Island Resort. Canteek sungguh ayaq laut kat sini. Yg tumpang mandi skali dgn kami adalah anak kawan mem aku a.k.a Gayah. Nama penuh dia bini aku kata nik rogayah..hehehehhe


 
Dia dok perati saja kami anak beranak dok mandi . Mesti dia dok pikiaq depa ni mcm tak pernah jumpa ayaq laut kut. Nak buat mcm mana mmg best sungggggguh.....cantih jernih..putih menawan ahakkks


Ikan-ikan kat sini mmg jinak-jinak. Nak makan sambil bersuap-suap. Ikan mcm biasala spesies kat taman laut. Tgh-tgk dok syok mandi,ada sorang mamat boatman mai bagi warning kat aku & family. Katanya ada ikan pari dok landing kat dlm ayaq ni. So hati-hati katanya....TQ abg botman atas info.

 
 View dari dalam air. Sangat cantikk kan!

Hahaha...tgk tu, jernih sungguh. Tu yg buat tak mau naik atas darat ..
 
Pose terbaik dari pak supirrr
 
Jinak-jinak sungguh ikan kat sini
 
My wife sdg dikerumuni ikan-ikan. Jangan ada ikan jantan yg gatai sudah la....
 
 
Selepas 2 jam kami beralih ke lokasi seterusnya, pantai yang depa kata boleh usyar penyu dari dlm ayaq. Aku dok cari la jugak. Yg nampak tempat tetasan telur penyu adala.....
 


 
 
So sambung mandi balik sampai lebam. Pukul 3 nanti kita gerak pi Long Beach pulak...



Sunday, September 2, 2012

2 in 1- Pulau Perhentian (Cuti-Cuti)-Part 1

5.00 pagi wife aku mengejutkan semua kami untuk bangun. Aku yg rasanya baru tido pukul 1 lebih rasa mcm tak cukup tidoq. Tambah-tambah semalam pi dok teman Man German makan bihun tomyan @ pukul 12 mlm...huhuhu. Namun apa yg dirancang kena dilaksanakan dgn jaya.....Ayuh pak supir, banguun.

5.30 Pagi- Bergerak dlm bertam. Angkat anak2 kasik sambung tido dlm kereta. Singgah Masjid Tawar , Baling utk solat subuh. Dah nak dekat pukul 7. Rancangan asal nak solat kat Kulim, tapi surau kat stesen minyak tu berkunci la pulak.

8.20-Singgah utk breakfast @ R&R Puncak Titiwangsa. Kedai masih belum buka. Nasib baik my wife ada tapau nasik lebihan semalam. Dapatla jugak mengisi perut n menambah tenaga utk perjalanan seterusnya.

Baby n Angah masih lagi pakai baju tidoq. Makan dulu lepas ni tukaq baju okkkkk....
 
 
My wife bangun seawal 4.30 pagi. Baguiiih sungguh
 
Dah makan posing dulu ekkkk
 
Pemandangan dari Puncak Titiwangsa...sejuk

11.15-Sampai Kuala Besut, terus ke rumah Abg Lan utk ambik pak mertua aku. Dia dah tunggu kami kat situ sbb lepas pergi Pulau Perhentian kami akan pergi Pasir Putih pulak...lagipun pak mertua aku ni dah lama tak ke Pulau Perhentian walau stay kat Pulau Sebelah saja @ Pulau Redang.

12.00- Sampai kat Jeti Kuala Besut. Settle urusan parking keta. Ohh ya, kat sini parking keta diorang charge sehari RM 7 utk yg tak berbumbung n RM10 utk yg berbumbung.

12-10- Letak beg-beg kat office Mama's chalet. My wife call kawan dia bagitau kami dah sampai. So sementara tunggu terus pi makan tengahari dulu sambil pusing-pusing layan peel budak2 3 orang niii.


Jom, jemput makan......

Alif & tok wan
 
Dah selesai makan, terus kami dok tunggu kat jeti, nantikan bot yg dimaksudkan oleh kawan wife aku. Aku tak snap gambar pun kat sini sebab sama mcm balik pulau redang saja.
 
 
Akhirnya....yang ditunggu telah tiba. Lambat la skit kata alif . Tapi takpa (cemeee)Hahahaha. So kalau tanya aku berapa tambang sebenaq, aku tak tau. Hangpa pi tanya kaunter ekk.
 
Dalam bot ada 2 minah mat salleh + 1 malay girl. Baru nak tangkap gambaq ja mem dok kerling dah. Hahahah. Utk yg adventure, naik bot ke Pulau Perhentian ni memang best. Kena yg bawak tu budak muda...perghhh. Melantun-lantun dibuat nya. Anyway enjowww the view. Mem aku tau la apa maksud tuuuu..
 
 Sampai kat Jetty, sahabat wife aku dah lama dok tunggu. Mula episod jejak kasih selepas 8 tahun tak berjumpa. Last sekali depa jumpa waktu kawin aku dulu. Lepas tu masing-masing hello-hello saja. Tengok ikan ikan kat bawah tu....ayaq laut dia cantek sungguh...
 
 
Tanda dah sampai... mem aku dgn kawan dia yg berbaju pink. Depa dok sembang aku pung aku tak paham...Kami menginap kat Murai Guest House di perkampungan nelayan w/pun kawan wife aku mak dia tokey mama's chalet sbb dia nak suruh wife aku duduk dekat dgn dia. Tentu banyak cerita depa nak share. Klau dok kat sana dia kata payah nak jumpa...sbb dia ada bisnes kat sebelah sini. Payah nak tinggaii. Aku tang mana pun takpa...yg penting boleh mandi lauttt. Ayah mertua aku pulak, sampai jeti je terus hilang. Terus pi jumpa geng-geng lama dia. Hahahahah.
 
 OTW jalan-jalan ziarah sedara-sedara sebelah Pak Mertua aku sempat juga singgah kat SK Pulau Perhentian. Snap la sekeping dua gambaq


 
Pukul 11 baru habis program ziarah ni. Aku terus balik bilik utk tido. Mem pulak terus pi jumpa kawan dia. Hihihi...sembang-sembang imbau zaman anak dara sunti katanya sambil pesan kat aku. Tido awai, pagi sok nak pi snorkling pulakkk