Come & Click With Us

Wednesday, May 4, 2011

Balik Kg Part 1-Jo Cendol Pulut

Pengguna Lebuhraya Utara Selatan yang selalu menggunakan highway sampai ke Bukit Kayu Hitam pasti akan terperasan signboard "Jo Cendol Pulut" berhampiran dengan Napo sebelum sampai ke Pekan Changlon. Apa yang istimewa..????? Of course Cendoi Pulut la...so layan pic dah la. .....








Thursday, April 28, 2011

Apa dia Rare Earth atau Nadir Bumi, bahaya atau tidak?







Sekarang ini hangat diperkatakan mengenai Loji Nadir Bumi (Rare Earth/Tanah Jarang) yang akan beroperasi di Kuantan. Apa sebenarnya Nadir Bumi ini? Saya pun tak tahu sebelum ni. Samada kita hendak membantah atau menyokong projek Nadir Bumi ini , mari terlebih dahulu kita belajar sikit mengenai Nadir Bumi.

Pertamanya, apa itu Nadir Bumi (Rare Earth) ?
Ianya adalah mineral atau batuan yang jarang ditemui di dalam bumi. Nadir Bumi ini dijadikan bahan asas untuk pembuatan barangan.

Kereta Hybrid yang dikatakan selamat untuk alam sekitar sebenarnya adalah sebaliknya dalam proses pembuatannya. Setiap motor untuk kereta Toyota Prius Hybrid mengandungi satu kilo Neodymium dan setiap baterinya pula mengandungi lebih dari sepuluh kilo Lanthanum.


Antara elemen atau jenis Nadir Bumi ini dan produk yang dihasilkan ialah :
Prometium - Bateri Nuklear
Scandium - Diguna untuk pembuatan peralatan aeroangkasa
Yttrium- Digunakan dalam pembuatan konduktor bersuhu tinggi dan penapis gelombang mikro
Lanthanum - Kaca refleksi tinggi, penyimpanan hidrogen, elektrod batteri, lensa kamera
Cerium - Agen Pengoksida, Serbuk pengilat, pewarna ceramic
Praseodymium - Magnet, laser, komponen lampu berkarbon, pewarna kaca dan gelas, pembuatan kacamata keselamatan
Thulium - Pembuatan mesin X-Ray mudah alih
Ytterbium - Agen pengurangan kimia, laser inframerah
Terbium - Pembuatan lampu kalimantan, laser
Gadolinium - Kaca refleksi tinggi, laser, tube x-ray, memori computer (RAM), agen MRI
Neodymium - Magnet, laser, pewarna ungu untuk kaca dan ceramic, kapasitor seramik
Pemprosesan Nadir Bumi (Rare Earth) terbesar didunia bertapak di negara China.

Hampir 95% pemprosesan Tanah Jarang adalah dilakukan di negara China. Pemprosesan ini mendatangkan banyak kesan negatif kepada penduduk China, terutamanya kepada penduduk yang tinggal berhampiran kawasan pemprosesan ini. Air yang terdapat dikawasan sekitaran didapati tercemar dengan bahan radioaktif dan tidak sesuai untuk diminum ataupun digunakan untuk penanaman.


Bahan kimia bertoksik tinggi seperti asid, sulfat dan ammonia banyak digunakan dalam aktiviti pemprosesan ini.

Di wilayah Boutou, China, pihak pengkaji alam sekitar telah melarang air didaerah itu diguna untuk minum samada oleh manusia ataupun haiwan. Air di sana juga dilarang untuk tujuan penanaman.

Kini China mula mengurangkan pengeluaran Tanah Jarang akibat dari simpanan Tanah Jarang negara mereka yang semakin berkurangan. Tetapi permintaan untuk Tanah Jarang semakin tinggi kerana kebanyakan pembuatan bahan berteknologi memerlukan mineral dari Tanah Jarang. Kalau kita mahu mengurangkan penggunaan bahan bakar seperti petroleum, kita perlu teknologi Hybrid. Teknologi Hybrid cuma boleh terhasil dengan penggunaan mineral dari Tanah Jarang.

Di China, pencemaran radioaktif dan alam sekitar dalam pengeluaran Nadir Bumi ini sudah lama dikenal pasti, tetapi kerajaan negara itu tidak menghentikan pengeluaran Nadir Bumi ini kerana ingin menguasai permintaan dan pasaran dunia.


Tue Oct 26, 2010 4:44pm EDT
(Reuters) - Rare earth elements are used in a wide range of consumer products, from iPhones to electric car motors.
Rising tensions between China and Japan over an embargo on rare earth elements may spell good news for miners looking to fund projects outside of China.
Here are some facts on this elusive group of 17 metals:

WHAT ARE RARE EARTHS?
Lanthanum, cerium, praseodymium, neodymium, promethium, samarium, europium, gadolinium, terbium, dysprosium, holmium, erbium, thulium, ytterbium, lutetium, scandium, yttrium.

WHAT ARE RARE EARTHS USED IN?
Rechargeable batteries for electric and hybrid cars, advanced ceramics, magnets for electric car motors, computers, DVD players, wind turbines, catalysts in cars and oil refineries, computer monitors, televisions, lighting, lasers, fiber optics, glass polishing, superconductors, and weapons.

THE iPHONE CONNECTION
Rare earths make for smaller, lighter batteries and motors. The drive to miniaturization was first popularized by the Sony Walkman personal cassette tape player. Rare earths are now key to making handheld devices like Apple's iPhone and Research In Motion's BlackBerry.

BIGGEST CONSUMERS
China uses 51 percent of the world's rare earths, while Japan uses 17 percent. Global demand is forecast to grow rapidly as demand for green products increases.

BIGGEST PRODUCERS
China produces over 90 percent of global supplies. China mined 120,000 tonnes in 2008. Molycorp in California produces 3,000 tonnes per year, while Silmet Rare Metals in Estonia produces 2,400 tonnes per year. There are small amounts of rare earths mined in India, Malaysia and Brazil.

BIGGEST DEMAND
The demand for dysprosium, terbium, neodymium, praseodymium and europium is set to grow by a minimum of 8 percent a year.
Electric vehicle demand for dysprosium, neodymium and praseodymium is set to grow by an average of 790 percent in the next five years.

MINES UNDER DEVELOPMENT, OUTSIDE CHINA
Great Western Minerals, Steenkampskraal, South Africa
Avalon Rare Metals, Nechalacho, Canada
Molycorp, Mountain Pass, U.S.
Lynas Corp, Mount Weld, Australia
Arafura Resources, Nolans, Australia
Sources: U.S. Geological Survey, company web sites, Byron Capital Markets
http://www.reuters.com/article/2010/10/26/us-rareearth-factbox-idUSTRE69P4JW20101026

Dicopy dari:http://waghih.blogspot.com/

Tuesday, April 19, 2011

Makanan yang dilarang jual di kantin sekolah

Jawatankuasa khas yang ditubuhkan Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pelajaran bagi memantau larangan penjualan minuman berkarbonat dan makanan mengandungi gula berlebihan di kantin sekolah akan memperincikan jenis makanan yang boleh dan tidak boleh dijual di kantin sekolah untuk edaran dalam masa terdekat.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata pihaknya turut memberi jaminan harga makanan berkhasiat disediakan pengusaha kantin dijual pada harga berpatutan.“Mana-mana pengusaha kantin yang ingkar dengan larangan itu akan disenarai hitam dan pemantauan berterusan akan dilakukan oleh jawatankuasa khas yang dibentuk,” katanya selepas majlis pelancaran Sistem Integrasi Dewan Bedah Definisi Tinggi (OR1), Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di sini semalam.

Sementara itu, Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Bangsar, Nordin Yaman, berkata anak sihat dikawal ibu bapa atau penjaga yang bijaksana, bukan berpunca daripada minuman dan makanan di kantin sekolah.

“Budaya pemakanan sihat dikawal oleh ibu bapa atau penjaga, malah mereka perlu mengehadkan pemberian wang saku yang banyak kepada murid,” katanya.

Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hassan, berkata masalah penjualan minuman berkarbonat dan makanan mengandungi gula berlebihan masih wujud tetapi terkawal.
“Saya mencadangkan satu jawatankuasa ditubuhkan di antara Kementerian Pelajaran, Kementerian Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta pihak sekolah bagi mengadakan pemeriksaan mengejut di kantin dan kawasan luar sekolah,” katanya.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan, berkata mesin minuman berkarbonat hanya terdapat di sekolah besar, manakala makanan jarang mengandungi gula berlebihan.

Tinjauan mendapati pengusaha kantin sekolah didapati tidak menjual minuman berkarbonat dan makanan mengandungi gula berlebihan, walaupun belum menerima surat larangan jualan makanan itu yang berkuat kuasa serta-merta 4 April lalu.

Sebaliknya mendapati banyak air kotak, minuman perisa buah-buahan dan isotonik yang dijual, selain makanan seperti nasi lemak, mi goreng, mihun goreng, kuew tiaw goreng, nasi goreng, laksa dan makanan berlauk.

Walaupun kantin sekolah tidak menjual minuman berkarbonat, terdapat sesetengah pihak swasta yang menyumbang mesin air minuman berkarbonat kepada sekolah tertentu.

Pengusaha kantin Sekolah Kebangsaan (SK) Bangsar, Kamarul Anuar Muhaiyiddin, 32, berkata mesin air minuman berkarbonat perlu dikeluarkan dari kawasan sekolah jika larangan itu mahu diseragamkan.



sumber : Bharian

Monday, April 18, 2011

Penduduk halang feri berlabuh



Last month aku balik kat Pulau Redang dah dikenakan jumlah tambang RM25. Bila aku tanya kaunter dia kata arahan pengurusan. Aku tanya ada surat dari kementerian terus dia senyap.......

Bulan 6 ni nak balik lg. Nak tanya soalan tu sekali lagi

Dipetik dari KOSMO:

KUALA TERENGGANU - Kira-kira 100 penduduk Pulau Redang dekat sini mengadakan bantahan secara aman dengan menghalang feri daripada berlabuh di jeti pulau itu.

Bantahan selama sejam bermula pukul 11.30 pagi semalam adalah sebagai protes ekoran kenaikan harga tiket yang dikenakan pihak pengurusan feri kepada penduduk pulau.

Ketika mengadakan bantahan itu, penduduk berkumpul di sepanjang jeti untuk menghalang feri daripada berlabuh dan menurunkan penumpang di jeti berkenaan.

Ekoran itu, feri tersebut terpaksa berhenti kira-kira 50 meter dari jeti sebelum semua penumpang dibawa ke darat menggunakan bot.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Baru Pulau Redang, Ladin Awang berkata, bantahan yang dibuat itu adalah susulan rasa tidak puas hati penduduk pulau itu terhadap kenaikan harga tiket feri.

Katanya, harga tiket asal bagi perjalanan sehala dari Kuala Terengganu ke Pulau Redang dan sebaliknya adalah RM20 bagi dewasa tetapi telah dinaikkan kepada RM25 baru-baru ini.

"Mengikut memo yang dikeluarkan, kenaikan harga tiket sebanyak RM5 ini berkuat kuasa 8 Mac 2011 dan penduduk menganggap kenaikan ini sebagai tidak berasas," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Friday, April 8, 2011

Keadilan Untuk Semua

Walaupun seseorang itu mungkin tidak baik dari segi agamanya, namun ia bukan lesen untuk membolehkan dia dizalimi. Perbezaan agama, atau kumpulan atau amalan, tidak membolehkan masyarakat menindasnya dalam perkara yang dia tidak bersalah. Sebab itu Nabi s.a.w mengingatkan:

“Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang jahat. Kejahatannya itu bagi dirinya” (Riwayat Ahmad, dinilai hasan oleh al-Albani dalam al-Silsilah al-Sahihah).

Dalam riwayat Ahmad juga, Nabi s.a.w bersabda: “Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang kafir kerana ianya tidak ada hijab (penghalang untuk Allah menerimanya). (Dinilai hasan oleh al-Albani dalam al-Sahihah).

Monday, March 28, 2011

“Kalau tak suka pulangkan!”

“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..” Moga apa yg dipaparkan ini akan dijadikan panduan. Kredit kepada tuan punya karya....syahduuuu

Kereta dihentikan betul-betul di hadapan rumah. Pintu pagar automatiknya terbuka. Perlahan kereta di halakan ke dalam garaj. “Horey! Papa balik!” Kelihatan anak-anaknya berlari mengiringi keretanya.“Tepi! Bahaya tau tak?” Jeritnya. Anak-anak termanggu. Cahaya kegembiraan di wajah mereka pudar. Aimin bawa adik ke belakang.” Arahnya pada anak yang sulong. Pulangnya petang itu disambut dingin oleh anak-anak. Isterinya turut terdiam bila mendengar anak-anak mengadu tentang papa mereka. “Papa penat. Aimin bawa adik mandi dulu. Mama siapkan minum petang. Lepas minum papa mesti nak main bola dengan kita,” pujuk Laila. Dia yang mendengar di ruang tamu hanya mendengus. Seketika kemudian terdengar hilai tawa anak-anaknya di bilik mandi. Dia bangun. “Hah! Main air. Bil bulan ini papa kena bayar dekat seratus. Cepat! Tutup paip tu! Buka shower!” Sergahnya. Suara yang bergema mematikan tawa anak-anaknya. “Asal saya balik rumah mesti bersepak. Kain baju berselerak. Apa awak makan tidur aje ke duduk rumah?” sambungnya kembali bila isterinya terpacul di belakang pintu. “Anak-anak pa. Diorang yang main tu. Takpe nanti mama kemas. Papa minum ye. Mama dah siapkan kat taman.” Balas isterinya lembut. “Fail saya kat depan tu mana?” “Mama letak dalam bilik. Takut budak-budak alihkan.” “Boleh tak awak jangan usik barang-barang saya? Susah tau tak? Fail tu patutnya saya bawa meeting tengahari tadi.” Rungutnya sekalipun di hati kecil mengakui kebenaran kata-kata isterinya itu. Suasana sepi kembali.

Dia menarik nafas berat. Terasa begitu jauh berbeza. Dia tercari-cari riuh suara anak-anak dan wajah isterinya. “Laila…” Keluhnya Akhirnya dia terlena di sofa. “Saya nak ke out station minggu depan.” “Lama?” Soal Laila. “Dalam seminggu.” “Cuti sekolah pun lama. Mama ikut boleh?” “Budak-budak? “ “Ikut jugalah.” “Dah! Takde! Takde! Susah nanti. Macam-macam diorang buat kat sana. Tengok masa kat Legacy dulu tu…” “Masa tu Amirul kecik lagi.” Balas Laila. Wajahnya sayu. Dia masih berusaha memujuk biarpun dia tahu suaminya tak mungkin berganjak dari keputusan yang dibuat. Tak mungkin peristiwa Amirul terpecahkan pinggan di hotel dulu berulang. Anak itu masih kecil benar sewaktu ia berlaku. Lagipun apa sangatlah harganya pinggan itu malahan pihak hotel pun tak minta ganti rugi. “Bolehlah Pa! Lama sangat kita tak ke mana-mana.” “Nak jalan sangat Sabtu ni saya hantar awak balik kampung,” Muktamad! Demikianlah seperti kata-katanya. Anak-anak dan isterinya dihantar ke kampung. Laila tak merungut apa-apa meskipun dia tahu isterinya berkecil hati. Anak-anak terlompat riang sebaik kereta berhenti di perkarangan rumah nenek mereka. Tak sampai setengah jam dia telah bergegas semula untuk pulang.

Bapa mertuanya membekalkan sebuah kitab lama. “Cuba-cubalah baca. Kitab tu pun abah ambil dari masjid. Dari mereka bakar abah ambik bagi kamu!” “Manalah saya ada masa..” “Takpe..pegang dulu. Kalau tak suka pulangkan balik!” Dia tersentak dari khayalannya. “Kalau tak suka pulangkan balik!” Kata-kata itu bergema di fikirannya. Dia rasa tersindir. Tahukah bapa mertuanya masalah yang melanda rumahtangganya itu? Bukan..bukan tak suka malah dia tetap sayang sekalipun Laila bukan pilihannya. Dunia akhirat Laila adalah isterinya.

Cuma.. “Mizi, makan!” Panggil ibunya yang datang menemaninya sejak seminggu lalu. “Jangan ikutkan hati. Yang sudah tu sudahlah.” “Papa! Makan!” Jerit Aiman ,anak keduanya sambil tersengih-sengih mendapatkan dirinya. “Tak boleh panggil papa elok-elok. Ingat papa ni pekak ke?” Aiman menggaru kepalanya yang tak gatal. Pelik! Kenapa papanya tiba-tiba saja marah. Dia berpatah semula ke dapur. “Awak masak apa?” “Mama masak sup tulang dengan sambal udang!” jawab Amirul memotong sebelum sempat mamanya membuka mulut. “Takde benda lain ke awak boleh masak? Dah saya tak nak makan. Hilang selera!” “Papa nak ke mana?” Soal isterinya perlahan. “Keluar!” “Mama dah masak Pa!” “Awak saja makan!” “Takpe Aiman boleh habiskan. Cepatlah ma!” Laila tahu Aiman hanya memujuk. Anak keduanya itu sudah pandai mengambil hatinya. Aimin tersandar di kerusi makan. Sekadar memerhati langkah papanya keluar dari ruang makan. “Kenapa sekarang ni papa selalu marah-marah ma?” Soal Aimin sambil menarik pinggannya yang telah berisi nasi. “Papa banyak kerja agaknya. Dah! Makan.” “Abang tak suka tengok papa marah-marah. .” “Adik pun sama. Bila papa marah muka dia macam gorila kan?” Kata-kata Aiman disambut tawa oleh abang-abangnya yang lain. Laila menjeling. Di hati kecilnya turut terguris Besar sangatkah dosanya hingga menjamah nasi pun tidak. Kalau ada pun salahnya, apa?..


Syamizi menjengah ke ruang dapur. Kosong. “Laila..” serunya “Sudahlah tu Mizi! Jangan diingat-ingat. Kerja Tuhan ni tak dapat kita tolak-tolak. Bawak-bawaklah beristighfar. Kalau terus macam ni sakit kau nanti.” Kata ibunya yang muncul tiba-tiba. “Sunyi pulak rumah ni mak,” “Lama-lama kau biasalah.” Airmatanya menitis laju. “Kalau tak suka pulangkan!” Dia rasa terhukum. Hampir segenap saat kata-kata itu bergema di sekitarnya. Dia rasa terluka. Kehilangan yang amat sangat. “Papa beli apa untuk Aiman?” Soal Aiman sebaik dia pulang dari outstationnya. “Beli apa pulak? Barang permainan kan bersepah dalam bilik belakang tu.” “Tak ada lah?” “Ingat papa ni cop duit?” Aiman termanggu. Dia berlalu mencari mamanya di dapur. Seketika kemudian rumah kembali riuh dengan telatah anak-anak lelakinya yang bertiga itu mengiringi mama mereka yang sedang menatang dulang berisi hidangan minum petang. Wajah Laila direnungnya. Ada kelainan pada raut itu. Riaknya tenang tapi ada sesuatu yang sukar ditafsirkannya. “Awak tak sihat ke?” Laila tersenyum. Tangannya pantas menuang air ke cawan. “Papa, tak lama lagi abang dapat adik lagi.” Aimin mencelah di antara perbualan kedua ibu bapanya. Shamizi tersenyum. Jemari isterinya digenggam erat. Tiba-tiba cawan berisi kopi yang masih panas terjatuh dan pecah di lantai. Aiman tercegat. “Tengok! Ada saja yang kamu buat. Cuba duduk baik-baik. Kalau air tu tak tumpah tak sah!” Tempiknya membuatkan anak itu tertunduk ketakutan. Baju mamanya dipegang kejap. Lengan Aiman dipegangnya kuat hingga anak kecil itu mula menangis. Pantas saja akhbar di tangannya hinggap ke kepala anaknya itu. Laila cuba menghalang tapi dia pantas dulu menolak isterinya ke tepi. Aiman di pukul lagi. Amirul menangis. Aimin mendapatkan mamanya. “Perangai macam beruk! Tak pernah buat orang senang!” Laila bangun dari jatuhnya dan menarik lembut Aiman ke dalam pelukkannya. Airmata mereka bersatu. Pilu sungguh hatinya melihat kekasaran suaminya terhadap anak-anak. “Cukuplah pa. Papa dah hukum pun dia tapi janganlah sebut yang bukan-bukan. ” Ujar Laila perlahan “Macamana awak didik budak-budak sampai macam ni teruk perangainya? Tengok anak orang lain ada macam ni? Anak kak Long tu tak pulak macam ni. Panjat sana, kecah barang. Gila apa?” Omelnya kembali. Shamizi meraut wajah. Bukan kepalang salahnya pada Aiman. Padanya anak itu tak pernah dapat memuaskan hatinya. Ada saja salah Aiman di matanya. Ada saja yang kurang di hatinya terhadap anak-anak dan isteri. Tak cukup dengan perbuatan malah dia begitu mudah melemparkan kata-kata yang bukan-bukan terhadap mereka. “Tak boleh ke kamu semua senyap? Dalam sehari ni boleh tak diam? Rimas betul duduk dalam rumah ni.” Laila menyuruh anak-anaknya bermain di halaman belakang rumah. Memberi sedikit ruang buat suaminya menonton dengan tenang. Malangnya tak lama kemudian kedengaran bunyi tingkap kaca pecah. “Celaka betul!” Sumpahnya sambil menghempaskan akhbar ke meja. “Abang!” “Baik awak tengok anak-anak awak tu sebelum saya hambat dengan rotan! Perangai satu-satu macam tak siuman!” Getusnya kasar. Akhirnya tingkap yang pecah kembali diganti. Cerita sumpah seranahnya petang itu hilang begitu saja.

Laila berubah. Sikapnya yang pendiam menjadi semakin pendiam. Anak-anak juga sedikit menjauh. Tak ada lagi cerita Amirul di tadika. Tak ada lagi kisah Aimin yang cemerlang di dalam sukan sekolahnya. Aiman juga tak lagi mahu memanggilnya makan. Shamizi terasa puas hati. Barangkali itu saja caranya untuk memberi sedikit pengajaran pada anak-anak.

“Pak Ngah, Eddie nak balik!” Shamizi terpana. Dia mengangguk. “Kak Long balik dulu Mizi. Sudahlah! Kamu muda lagi. Cari pengganti.” Alangkah mudahnya. Kalaulah dia boleh bertemu lagi yang serupa seperti Laila. Laila tak ada yang kurang Cuma dia yang tak pernah puas hati. Laila tak pernah merungut. Laila tak pernah membantah. Sepanjang usia perkahwinan mereka Laila tak pernah meminta lebih dari apa yang dia beri. Laila cuma dapat gred B walaupun dia teramat layak untuk mendapat gred yang lebih baik dari A.

“Laila…” “Papa nak ke mana hensem-hensem gini?” Dia tersenyum sambil menjeling ke cermin meninjau bayang isterinya yang kian sarat. “Wangi-wangi lagi. Dating ye?” “Saya ada makan malam di rumah bos besar. Dia buat makan-makan untuk staff.” Ujarnya masih leka membetulkan kolar kemeja batiknya. “Ikut boleh?” “Dia tak ajak family. Staff only!” Terangnya sedangkan difikirannya terfikir lain. Kali ni dia akan pergi ke jamuan tu dengan Helmi. Helmi akan turut menumpangkan Maria dan Harlina. Staff yang masih muda dan bujang. “Dalam setahun papa selalu ke jamuan office tapi tak pernah pun bawak kami.” “Leceh kalau ada budak-budak. Bukan tau duduk diam Lari sana sini, panjat itu ini. “ “Papa pesanlah..” “Nantilah besar sikit.” Dalihnya. “Kalau tunggu besar takut takde peluang. Nanti diorang tu dah tak nak ikut pergi mana pun.” “Lagi senang. Saya kalau lasak-lasak ni buat hati panas je,” Laila terdiam. “Namanya budak-budak. Anak-anak papa tu lelaki.” “Saya pergi kejap je. Lepas tu terus balik.” “Mama tanya sikit boleh?” Dia mengangguk “Bos tak pelawa atau papa malu nak bawa mama dan anak-anak?” Mereka dia tinggalkan di rumah. Di jamuan tu ramai staff yang membawa keluarga mereka bersama. Pada Shamizi dia mahukan keselesaan sedangkan hakikatnya anak-anak staff yang lain lebih lasak dan nakal. Semeja hidangan untuk anak-anak staff berderai bila ada yang bermain tarik-tarik alas kainnya. “Never mind. Budak-budak memang macam tu. Kalau tak lasak tak cerdik,” ujar Mr. Kwai, tuan rumah.

Shamizi sedikit mengakui kebenaran kata-kata itu. Anak-anaknya pun nakal tapi amat membanggakan dalam pelajaran. Namun dia rasa serba tak kena bila bersama mereka. Bimbang ada yang menyata yang bukan-bukan tentang anak-anaknya yang lasak apatah lagi tentang isterinya Laila. Bimbang dimalukan dengan perangai anak-anaknya. Bimbang jika dikatakan Laila tidak sepadan dengan dirinya. Dia lulusan luar negara sedang Laila cuma perempuan kampung. Tak pandai bergaya seperti staff wanita yang lain. Betullah jangkaan Laila, dia malu untuk memperkenalkan isteri dan anak-anaknya pada rakan-rakan. “Kalau tak suka pulangkan!” Kata-kata itu semakin keras di fikirannya. Pagi itu anak-anak sekali lagi dimaki sebelum ke sekolah. Semata-mata bila Aimin dan Aiman bergelut berebutkan tempat duduk di meja makan menyebabkan air cuci tangan tumpah ke meja. Berangnya tiba-tiba menguasai diri. Kepala kedua-duanya di lagakan sedangkan perebutan itu tidak pula disusuli dengan perkelahian. “Kamu semua ni..kalau macam ni daripada ada elok tak ada. Menyusahkan! ” Laila merenungnya dalam.. Matanya berkaca dan anak-anak ke sekolah tanpa menyalaminya seperti selalu. Laila juga tidak berkata apa-apa sebelum menghidupkan enjin untuk menghantar anak-anak ke sekolah.

Shamizi dapat melihat Laila mengesat airmatanya. Dia terus menghadapi sarapannya. Sejenak dia terpandang hidangan untuk anak-anak yang tak bersentuh. Susu masih penuh di cawan. Roti telur yang menjadi kesukaan anak-anak juga tidak dijamah. Bekal di dalam bekas tidak diambil. Pelik! Selama ini Laila tak pernah lupa..

“Kalau tak suka pulangkan,” Kali ini dia benar-benar menangis. Laila dan anak-anak terus tak pulang selepas pagi itu. Hari-harinya tak lagi diganggu dengan gelagat anak-anak. Rumah terus sunyi dan sepi. Tetap dia tak dapat tidur dengan lena. Di halaman belakang hanya ada kenangan. Kelibat anak-anaknya bergumpal dan berlari mengejar bola tak lagi kelihatan. Riuh anak-anak bila mandi di bilik air juga tidak lagi kedengaran. Dia mula dihambat rindu. Hanya ada kesunyian di mana-mana. Hanya tinggal bola yang terselit di rumpun bunga. Selaut rindu mula menghambat pantai hatinya. Laila… Benarlah, kita hanya tahu harganya bila kita kehilangannya. Laila terus tak pulang sekalipun dia berjanji untuk berubah. Laila pergi membawa anak-anaknya pagi itu bila kereta mereka dirempuh sebuah kereta lain yang dipandu laju. Laila pergi tanpa meninggalkan satu pun untuknya. Laila pergi membawa Aimin, Aiman, Amirul dan zuriat yang bakal dilahirkan dua bulan lagi.. Dia menangis semahu-mahunya bila menatap wajah lesi anak-anak dan isterinya. Dia meraung memeluk tubuh Laila yang berlumuran darah. Hakikatnya Laila adalah kitab lama itu, lapuk bagaimana pun dipandangan harganya tak terbanding, dan kerana keengganannya Laila dipulangkan.

“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita dapat… dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..” Dipetik dari blog srikandi cinta

Wednesday, March 23, 2011

Kembalikan wang saman ekor

P/S: Baguih jugak kalau dapat balik duit yang aku guna bayar notis saman ekor nii. Nak settle saman sampai kena keluar duit tabungan aku kat ASB. Miss aku punya allocation utk parent aku selama dua bulan...sebab takut kereta kena blacklist...huhuhu..


Dipetik dari Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 23 Mac: Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) menuntut kerajaan mengembalikan wang rakyat yang telah membayar saman ekor akibat tidak boleh memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu.

Pengerusinya, Datuk Mahfuz Omar berkata, kerajaan mengambil wang mangsa saman ekor 'secara paksa' dan menyusahkan mereka yang terpaksa beratur panjang untuk membuat pembayaran.

Namun katanya, selepas itu mesyuarat kebinet pada Jumaat lalu memutuskan untuk menagguhkan senarai hitam pemilik kenderaan sehingga kerajaan boleh membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuching bahawa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak berhak menyenarai hitam dan menghalang pemilik kenderaan memperbaharui cukai jalan.

"Keputusan kabinet pada Jumaat untuk menangguhkan senarai hitam bermaksud pemilik kenderaan boleh perbaharui cukai jalan. Jadi bagaimana dengan mereka (mangsa saman ekor) yang dah bayar?

"Kase menuntut kerajaan mengembalikan wang mereka sebab daripada awal lagi kami tegaskan kerajaan tak ada hak untuk menyenarai hitam pemilik kenderaan sebelum mahkamah membuktikan mereka bersalah," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu turut mempersoal keputusan kerajaan yang menangguh senarai hitam itu sehingga mereka boleh membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuching dalam kes ini sedangkan katanya, tempoh untuk kerajaan membuat rayuan telah tamat.

"Tempoh untuk kerajaan merayu dah tamat. Jadi tak tahu kerajaan akan salah gunakan undang-undang mana lagi untuk bolehkan mereka membuat rayuan," tegasnya.

Sementara itu, seorang mangsa saman ekor, Nashita Mohd Nor kesal apabila beliau tetap tidak boleh memperbaharui cukai jalan di JPJ Wangsa Maju pagi tadi.

"Saya pergi JPJ Wangsa Maju pagi tadi untuk perbaharui cukai jalan tapi tetap tida boleh. Sedangkan kementerian kata dah tangguh senari hitam," katanya.

Saman kerajaan

Sementara itu, Kase katanya dalam proses mengambil tindakan mahkamah terhadap Kementerian Pengangkutan khususnya JPJ jika mereka tida menarik balik senarai hitam pemilik kenderaan.

Tindakan mahkamah ini bagi menuntut gantirugi kehilangan penggunaan kenderaan kerana dihalang JPJ tanpa alasan yang sah.

"Kase sudah bermesyuarat semalam dengan panel undang-undang dan bersetuju untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap JPJ.

"Sebagai permulaan, kami akan kumpulkan sepuluh mangsa dari setiap negeri dan akan kumpul maklumat mereka," katanya.

Sehubungan itu. Kase meminta pemilik kenderaan yang ingin berbuat demikian memberikan maklumat lengkap mereka kepada jawatankuasa.

"Segala maklumat boleh disalurkan melalui email kami iaitu kempenantisamanekor@gmail.com atau ke laman facebook Kase untuk mendapat maklumat lanjut," katanya.

Turut bersama beliau ahli Parlimen Jerai Firdaus Jaafar yang juga pengerusi Kase negeri Kedah dan peguam Zulhazmi Shariff.