P/S: Baguih jugak kalau dapat balik duit yang aku guna bayar notis saman ekor nii. Nak settle saman sampai kena keluar duit tabungan aku kat ASB. Miss aku punya allocation utk parent aku selama dua bulan...sebab takut kereta kena blacklist...huhuhu..
Dipetik dari Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 23 Mac: Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) menuntut kerajaan mengembalikan wang rakyat yang telah membayar saman ekor akibat tidak boleh memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu.
Pengerusinya, Datuk Mahfuz Omar berkata, kerajaan mengambil wang mangsa saman ekor 'secara paksa' dan menyusahkan mereka yang terpaksa beratur panjang untuk membuat pembayaran.
Namun katanya, selepas itu mesyuarat kebinet pada Jumaat lalu memutuskan untuk menagguhkan senarai hitam pemilik kenderaan sehingga kerajaan boleh membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuching bahawa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak berhak menyenarai hitam dan menghalang pemilik kenderaan memperbaharui cukai jalan.
"Keputusan kabinet pada Jumaat untuk menangguhkan senarai hitam bermaksud pemilik kenderaan boleh perbaharui cukai jalan. Jadi bagaimana dengan mereka (mangsa saman ekor) yang dah bayar?
"Kase menuntut kerajaan mengembalikan wang mereka sebab daripada awal lagi kami tegaskan kerajaan tak ada hak untuk menyenarai hitam pemilik kenderaan sebelum mahkamah membuktikan mereka bersalah," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu turut mempersoal keputusan kerajaan yang menangguh senarai hitam itu sehingga mereka boleh membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuching dalam kes ini sedangkan katanya, tempoh untuk kerajaan membuat rayuan telah tamat.
"Tempoh untuk kerajaan merayu dah tamat. Jadi tak tahu kerajaan akan salah gunakan undang-undang mana lagi untuk bolehkan mereka membuat rayuan," tegasnya.
Sementara itu, seorang mangsa saman ekor, Nashita Mohd Nor kesal apabila beliau tetap tidak boleh memperbaharui cukai jalan di JPJ Wangsa Maju pagi tadi.
"Saya pergi JPJ Wangsa Maju pagi tadi untuk perbaharui cukai jalan tapi tetap tida boleh. Sedangkan kementerian kata dah tangguh senari hitam," katanya.
Saman kerajaan
Sementara itu, Kase katanya dalam proses mengambil tindakan mahkamah terhadap Kementerian Pengangkutan khususnya JPJ jika mereka tida menarik balik senarai hitam pemilik kenderaan.
Tindakan mahkamah ini bagi menuntut gantirugi kehilangan penggunaan kenderaan kerana dihalang JPJ tanpa alasan yang sah.
"Kase sudah bermesyuarat semalam dengan panel undang-undang dan bersetuju untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap JPJ.
"Sebagai permulaan, kami akan kumpulkan sepuluh mangsa dari setiap negeri dan akan kumpul maklumat mereka," katanya.
Sehubungan itu. Kase meminta pemilik kenderaan yang ingin berbuat demikian memberikan maklumat lengkap mereka kepada jawatankuasa.
"Segala maklumat boleh disalurkan melalui email kami iaitu kempenantisamanekor@gmail.com atau ke laman facebook Kase untuk mendapat maklumat lanjut," katanya.
Turut bersama beliau ahli Parlimen Jerai Firdaus Jaafar yang juga pengerusi Kase negeri Kedah dan peguam Zulhazmi Shariff.
Cerita sepanjang perjalanan. Dikutip dijadikan iktibar.....seorang budak kampung yang sentiasa rindu dengan bau sawah padi, pokok getah, lembu, kambing, ayam dan itik....
Come & Click With Us
Wednesday, March 23, 2011
Tuesday, March 22, 2011
Harga getah turun hingga 48 peratus
Berkurangla pendapatan para penoreh getah niii..semenjak harga getah ni turun. Waktu nak naik punyalah payah. Sehari kenaikan hanya sekupang dua...waktu turun terus sekali seringgit lebih....harap-harap penurunan ini hanya sementara. Masih ramai rakyat marhaim yang berada di ceruk-ceruk hujung negeri mengharapkan pada hasil getah ini.....
KUALA LUMPUR, 22 Mac: Harga komoditi utama seperti kelapa sawit, getah, koko dan lada kekal berada di paras tinggi sejak 5 tahun lalu hanyalah pada kedudukan umum, tetapi kini para penoreh getah kembali terhimpit apabila harga komoditi utama itu telah turun mendadak sehingga 48 peratus.
Sehubungan itu, kerajaan diminta menubuhkan stok pengimbal getah negara bagi mengawal harga komoditi utama itu agar terus kekal tinggi dan tidak naik dan turun mendadak.
Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah menjelaskan, penurunan harga getah sehingga 48 peratus berlaku sejak dua minggu lalu apabila harga sekilogram getah sekerap hanya RM4.60 berbanding harga tertinggi sebelum ini RM8.80 sekilogram.
Menurut beliau, penurunan harga sehingga RM4.20 sekilogram itu tentunya amat membebankan para penoreh getah, tetapi harga itu juga belum diketahui sama ada akan terus bertahan pada paras itu atau akan terus turun lagi sehingga lebih membebankan para penoreh getah di kampung-kampung.
Katanya, untuk menjaga kebajikan para petani, peneroka dan penoreh getah, beliau telah bertanyakan kepada pihak kerajaan apakah langkah yang dilakukan agar harga komoditi utama itu terus kekal tinggi menerusi soalan tambahan pada persidangan Dewan Rakyat semalam.
"Jawapan yang diberikan oleh Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Hamzah Zainudin itu memang betul, tetapi ia tidak merujuk kepada keadaan sebenar harga getah sejak dua minggu kebelakangan ini yang telah turun mendadak sehingga sebanyak itu," katanya ketika ditemui di lobi Dewan Rakyat, di sini, hari ini.
Semalam ketika menjawab pertanyaan Wan Abdul Rahim, Hamzah menjelaskan harga komoditi utama seperti kelapa sawit, getah, koko dan lada kekal di paras tinggi sejak 5 tahun lalu.
Contohnya, harga purata minyak sawit mentah (crude palm oil - CPO) pada tahun 2010 adalah di paras RM3,620 setan berbanding dengan RM1,395 setan pada tahun 2005, iaitu kenaikan sebanyak 159 peratus dalam tempoh 5 tahun.
Bagi tempoh Januari hingga Februari 2011 pula, harga purata CPO adalah RM3,789 berbanding RM2,532.50 dalam tempoh yang sama pada tahun 2010.
Harga getah gred SMR 20 telah meningkat daripada RM5.23 sekilogram pada tahun 2005 kepada RM10.58 sekilogram pada tahun 2010. Paras tertinggi dalam sejarah yang telah dicapai adalah RM17.17 sekilogram iaitu pada 18 Februari 2011. Manakala bagi tempoh Januari hingga Februari 2011 harga purata gred SMR 20 adalah RM16.26 sekilogram.
Mengulas perkara itu dengan lebih lanjut, Wan Abdul Rahim menjelaskan, penurunan harga getah sehingga hampir 50 peratus itu sebenarnya bukan berpunca dari kekurangan permintaan terhadap getah asli di seluruh dunia, tetapi disebabkan stok yang tinggi atau berlebihan di kilang-kilang getah sehingga menyebabkan pihak kilang kurang melakukan pembelian daripada para penoreh.
"Apabila pihak kilang telah menghantar atau mengeksport dalam kuantiti yang banyak ke luar negara, harga getah akan tinggi kembali, tetapi kita tidak pasti bila akan berlaku dan akan bertahan selama mana," katanya.
Untuk membolehkan harga getah terus kekal tinggi, beliau menyarankan pihak kerajaan agar mengawal selia kedudukan pengilang-pengilang supaya penurunan sebanyak itu tidak berlaku.
Selain itu, beliau juga menyarankan kerajaan agar mewujudkan semula stok pengimbal getah negara supaya dapat mengawal harga getah secara langsung bagi membolehkan harga getah terus kekal tinggi demi kepentingan para penoreh dan negara.
Dalam masa yang sama, beliau turun mengingatkan pihak kerajaan agar turut memikirkan tentang kepentingan mengembalikan semula kedudukan negara sebagai negara pengeluar getah asli utama dunia dengan melakukan beberapa langkah yang diperlukan, memandangkan Malaysia kini berada di tangga kedua di belakang Thailand dalam senarai pengeluar getah dunia.
"10 tahun lalu, harga getah (sekerat) hanya 35 sen sekilogram. Kini harganya memang dah jauh lebih tinggi, tetapi turun pula hingga 48 peratus dua minggu lalu. 40 tahun lalu juga, Malaysia adalah pengeluar utama getah dunia dan kerajaan turut ujudkan stok pengimbal getah negara.
"Kini kita minta kerajaan wujudkan kembali stok pengimbal getah negara dan lakukan beberapa langkah bagi mengembalikan kedudukan negara sebagai pengeluar getah utama dunia.
"Kita tak rugi kalau terus menjadi pengeluar getah utama dunia kerana permintaan terhadap getah asli dunia tidak pernah berkurangan. Contohnya Jepun. Di Jepun, getah asli digunakan sebagai tapak pembinaan bangunan. Selain Jepun, getah asli juga turut diimport oleh negara-negara lain lagi," ujar beliau.

Sunday, March 20, 2011
Friday, March 18, 2011
Jalan-Jalan Hujung Minggu Hatyai-Part 3
Gambar yang aku paparkan kat sini adalah gambar kami sekeluarga ke Floating Market @Khlong Klea. Dibuka 3 hari seminggu,jumaat hingga ahad dari pukul empat ptg hingga pukul lapan malam. Dari Hatyai perjalanan dgn tuk-tuk ambil masa 20 minit. Harga tambang 400bhat two way.Tuk tuk akan tunggu anda n beri masa 2 jam untuk anda membeli belah.Majoriti penjual adalah muslim. So enjoy the picture 

Thursday, March 17, 2011
Jalan-Jalan Hujung Minggu Hatyai-Part 2

Sambung balik part1. Lepas bersihkan diri n lelapkan mata sebentar petang tu,kami pun mulakan penjelajahan ke sekitar Hatyai...dari hotel naik tuk-tuk (sejenis pengangkutan mcm teksi-daihatsu 600cc)tambang 20bhat sorang. Kat sini, pi mana-mana pun tuk tuk akan charge 20bhat saja. Lokasi pertama....central @ ada juga orang panggil Lee Garden Plaza. Kat sini memang tempat tumpuan. Kalau mlm yang kita boleh jumpa muka-muka org Malaysia sesaja-saja.Kat sini ada gerai jual udang galah goreng....tengok tuuu...terliur aku ingatkan udang tuuu. Selain tu ada juga yg jual pulut durian, pulut mangga, pulut ayam....yummmyyyyy

Selepas kita pilih apa yang kita nak beli kakak ini akan goreng sekali la..Kalau malam memang diaorang bentang kerusi meja kat situ..Waktu siang pandai-pandai la cari tempat nak ngap tuuuu..

Dok pusing-pusing kat situ sambil masuk kat shopping complex yg ada kat situ,tengok2 jam dah tunjuk angka 6ptg. Terus ajak rombongan cik Kiah ni pi night market (awai lg...ka). Cam biasa tuk tuk mode transport.

Kat night market tak sempat aku tangkap pic.Sibuk dok kepung budak-budak. Kat sini aku target nak cari kasut cycling bicycle terpakai.Pusing-pusing dua tiga gerai satu pong tak berkenaan...so lajak pi bahagian makanan. Ni pau thailand anak aku kata.Makcik yang jual muslim. Yang warna hijau tu pau sayur. Teman aku beli satu..sodap dia kata....

Ni pula masih kat gerai sebelah makcik tu...still muslim (dim sum thailand)tengok aja..tak beli ponggg

Ni pula sushi yang comei-comei...yang jual non muslim so take picture jelah....

Last sekali, beli buah stawberi ni.Harga ikut saiz gelas.Diaorang campur asam+gula.Dia punya rasa...masam-masam manis.Tips ke night market: tempat ni buka sampai jam 11 malam. Tempat yg luas, mcm mcm ada terutama pakaian.
Aku Yang Bersalah
Walaupun citer nie dah lama tp kesannyer tetap membekas..kadang2 tgh solat jemaah aku boleh senyum sorang2...sah ke solat aku ???
Kisah ini benar-benar terjadi padaku sewaktu aku kanak-kanak dahulu. Ayah aku suka memberi amaran padaku dengan menjeling garang jika aku membuat sesuatu yang tidak disukainya. Contohnya, jika ke kedai, kalau aku mengambil gula-gula, dia akan menjeling padaku bermakna aku disuruh letakkan semula gula-gula itu ke tempatnya semula.
Suatu hari,aku mengikut ayah ke surau untuk solat maghrib. Ketika sedang rukuk, aku melihat kain pelikat tok imam tersepit di celah punggungnya. Aku yang 'konon'nya ingin membantu, terus menarik kain yang tersepit itu. Ayahku yang sedang solat terus memberi jelingannya padaku.
Aku pun faham maksudnya itu, lalu terus memasukkan semula kain pelikat tok imam itu semula ke celah punggung tok imam tadi. Apalagi, melatah lah tok imam tadi. Habis satu jemaah batal solat mereka kerana turut terkejut dengan
latahan tok imam tadi. Ayahku yang bermuka merah padam menahan malu dan marah mengheret aku balik ke rumah.
Malam tu, berbirat punggung aku dirotannya.
Moral : Jangan memandai nak masukkan kain ke celah punggung tok imam
Diterima dari mailing list

Monday, March 14, 2011
Jalan-Jalan Hujung Minggu Hatyai-Part 1

Aku tak rancang trip ni. Dah 2 kali aku kayuh gerek dari Kangar ke Hatyai tak bawak family....nak boh tang mana. So apabila teman sama kuliah waktu kat UKM dulu nak mai ziarah aku so aku pong ajak dia buat short trip to hatyai.Bertolak dari KB jam 10 pagi menyusuri highway PLUS. Singgah kat Changloon utk tukar duit. Cop border pass (family)n terus parking kereta kat The Zone (depa charge RM13 pernight). Terus cari teksi ke Hatyai (kena tawar sikit....aku kan org changloon-dapat RM60 satu family). Kalau nak murah, jalan kaki tunggu van depan 7eleven pekan Danok(RM7 je tambang pi Hatyai). Kat imigresen lancar je,boh RM1 wang pelincir-depa cop terus.

Sampai Hatyai terus lajak pi makan kat Hamid Restoran...Kat sini pelayan dia boleh cakap melayu (kharp khun kharp)

Beli simcard thailand 50 bhat-senang nak contact sapa-sapa.HP aku tak set roaming
Bungkus udang galah goreng bawak balik hotel. Nanti aku story lebih sikit kat tang sini....baru hangpa nak baca part 2 kan...
Menginap di Florida Hotel (550bhat satu malam). Kalau hotel macam ni kat Malaysia mau harga RM100+++ pernight, tapi kat sini harganya agak berpatutan. Macam-macam ada kat hotel ni, Sapa yg pernah pergi tu taula. Tapi kalau nak bawak family pong ok, bilik besar, bilik mandi pong bersih...yg best ada ikan dalam akuarium (hahahaha)
Subscribe to:
Posts (Atom)