Come & Click With Us

Monday, February 7, 2011

Penoreh raih RM8,000 sebulan


Dipetik dr KOSMO'


KUALA TERENGGANU - Dengan hanya bekerja tiga hari seminggu, seorang penoreh getah di negara ini mampu meraih pendapatan di antara RM3,000 hingga RM8,000 sebulan.

Malah, kebanyakan penoreh getah yang ditemui mengakui pendapatan mereka sejak kebelakangan ini jauh lebih besar berbanding gaji sesetengah kakitangan kerajaan.

Seorang penoreh, Wan Alias Wan Muda, 37, dari Felda Belara dekat sini berkata, cuaca yang baik sejak sebulan lalu memberi peluang kepada penoreh getah sepertinya untuk meraih pendapatan tiga kali ganda lebih banyak berbanding sebelum ini.

Menurutnya, dengan harga getah di pasaran mencecah sehingga RM8 sekilogram, dia mampu meraih pendapatan bersih kira-kira RM3,500 sebulan.

"Kalau orang nak tanya berapa pendapatan saya sebulan, saya hanya boleh jawab pendapatan saya lebih besar daripada guru," katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.


Yes 1 admit. Aku adalah anak petani aka anak penoreh getah. Dengan hasil tue la ayah aku sara aku sampai masuk universiti. Tapi dulu harga getah tak la semahal skang ni. Dulu murah jer. Sebab tue ayah aku cari alternatif kejer lain iaitu buat bendang . Walaupun hakikatnya getah sekerap itu baunya busuk tapi tue la yang akan bg kami makan dulu. Ayah aku selalu pesan yang busuk tue la duit. Kat kg aku kami tak jual getah keping yang ambik susu pastue gelek tue tapi jual getah sekerap yang dah dua tiga hari motong atau noreh then baru kutip pg jual. Bau jangan cakap la. Bayangkan dah peram beberapa hari baru kutip hu..hu..

Hujung minggu ni nak balik kg....boleh pi motong getah, sekilo getah rega RM7.00, mau kalau ada 10 ekar.....berapa banyak bulih dapat....korang bayanglah sendiri....

Sunday, February 6, 2011

Din Ikan Bakar Kepala Batas, Penang-Jalan Jalan Hujung Minggu













































Musim Kerat Padi Tiba Lagi.....Pak Tani Semua Suka Hati...

Kebanyakkan kawasan kat kg aku dah mula ambik padi (loghat kedah) ...org KL sebut menuai padi...........2 perkataan satu makna. Seingat aku, waktu kecik2 dulu mesin-mesin padi (penuai padi ni ada bermacam warna..merah (tak ingat..mybe class), hijau(John Deer) atau kuning (new holland)..sekarang ni 99% didominasi oleh warna kuning (new holland) daripada model 8060 hingga model terbesar aku pernah tengok 8080.........
Mesin padi ni model 8070......jentera yang asalnya utk kegunaan ladang gandum dan diubahsuai utk dijadikan mesin padi. Perubahan ketara pada sistem roda yang menggunakan tayar rantai (org kedah sebut) berbanding dengan tayar getah di negara asalnya.................


drebar mesin padi amat menyukai musim kemarau (musim kedua) utk waktu penuaian berbanding musim satu disebabkan keadaan sawah@bendang yang kering dan mencepatkan proses penuaian. So diorang boleh pulun habis.....oh..ya gaji dioarang berdasarkan berapa relong @ekar sawah@bendang yang diorang tuai...........(p/s: aku dulu cita-cita nak jadi drebar mesin padi niiii laa....waktu tunggu result SPM, sempat pi jadi apperantice kat towkey mesin padi...belajar jd pomen mesin padi)...


Kelindan @kolet mesin mesti duduk berhampiran kotak isian padi @kebuk untuk memastikan padi-padi tersebut tidak tumpah........panas lit..lit







Tudia....hasil penat jerih para pak tani @mak ayah aku.....syukur nikmat kepadaNya





Wednesday, February 2, 2011

Nasi Sila Lahar Kepar- With Man's Family

Nasi sila ni memang popular especialy utk orang sebelah KB and kawasan sekitar. Perniagaan ini dibuka hanya pada waktu malam sahaja........sabtu cuti....sooo layan gambar aku n family ngan man family dinner at nasi sila..............

setiap malam, berbaris panjang org untuk menikmati nasi sila ni........











Tuesday, February 1, 2011

Kempen Mansuhkan Saman Ekor-Gelombang Kedua


Dipetik dari Harakahdaily:


KUALA LUMPUR, 1 Feb: Gelombang kedua membantah penswastaan saman ekor akan dilancarkan pada 12 Februari ini di Stadium Bangi dan akan dirasmikan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim selain dihadiri oleh pimpinan Pakatan Rakyat yang lain.

Pengerusi Jawatankuasa Anti Saman Ekor (Kase), Datuk Mahfuz Omar berkata, pelancaran itu akan diikuti dengan program jelajah Kase ke seluruh negara bagi bertemu dengan pemilik-pemilik kenderaan yang dikenakan saman ekor dan kenderaan mereka disenarai hitamkan.

"Pelancaran ini sebagai pelancaran gelombang kedua Kase dan kita akan menjelajah ke seluruh negara untuk bertemu dengan 15 juta pemilik kenderaan yang disaman melalui saman ekor.

"Kita harap gelombang kedua ini boleh jadi gelombang baru untuk rakyat menolak kerajaan BNyang korup," kata beliau ketika ditemui selepas mengedarkan risalah bantah saman ekor di Plaza Tol Sungai Besi, petang tadi.

Menurutnya sebanyak 100,000 ribu risalah dicetak untuk diedarkan ke seluruh negara dan bagi kawasan Lembah Klang, edaran bermula hari ini di beberapa plaza tol utama berikutan ramai yang menggunakan lebuh raya untuk pulang menyambut Tahun Baru Cina Khamis ini.

"Kita edar risalah hari ini sempena tahun baru cina kerana banyak orang menggunakan lebuh raya. Di Seremban pun ada program yang sama, di sini kita edar di plaza tol Serdang, Gombak dan Sungai Buluh dan akan diteruskan esok dan lusa,“ katanya.

Naib Presiden PAS itu sekali lagi mengulangi desakan agar Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Pengangkutan menghapuskan semua saman ekor yang lama yang tidak boleh dikuatkuasakan melalui Akta Pengakutan Jalan 1987 dan memulakan dengan proses penguatkuasaan yang baru melalui Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 ini.

Kase juga tegasnya menyeru Kementerian Pengangkutan bersedia mengadakan pertemuan dengan pihak-pihak berkepentingan termasuk Kase bagi membincangkan dan menjelaskan beberapa isu yang ditimbulkan seperti penswastaan penguatkuasaan peraturan lalu lintas dan kos-kos terlibat.

"Ini bagi memastikan wang rakyat digunakan untuk kepentingan rakyat sendiri, bukan syarikat-syarikat kroni," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai merujuk kepada sistem penguatkuasaan automatik (AES) iaitu penggunaan kamera statik dan bergerak untuk mengambil gambar kesalahan memandu melebihi had laju, melanggar arahan lampu isyarat dan memandu di lorong bas bagi kenderaan selain bas.

Sistem ini dikendalikan dua syarikat swasta iaitu Beta Tegap Sdn Bhd dan Commercial Circle (M) Sdn Bhd yang mendapat pulangan 35 peratus daripada setiap lima juta saman yang dikeluarkan manakala kerajaan mendapat 65 peratus pulangan.

"Apa maksudnya ini? Ini bermaksud proses penguatkuasaan peraturan lalu lintas di bawah akta ini telah diswastakan. Apa rasionalnya peraturan lalu lintas diswastakan oleh Kerajaan?" soalnya yang juga ahli Parlimen Pokok Sena.

Pengunaan AES ini mula berkuatkuasa hari ini di seluruh negara.

Tambah Mahfuz lagi, pihaknya kesal dengan keengganan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein untuk mengadakan perbincangan dengan Kase berhubung perkara itu.

"Malangnya pada 17 haribulan lalu kami minta untuk bertemu dengan Datuk Seri Hishamuddin (Hussein) tapi kami tidak menerima apa-apa respon. Kami berasa sangat kecewa kerana sebagai sebuah kementaerian langsung tidak memberi maklumbalas samaada bersetuju atau tidak untuk mengadakan pertemuan, diam begitu sahaja.

"Sekali lagi kami berharap perbincangan ini harus dibuat khususnya dalam penguatkuasaan AES yang kami anggap penswastaan saman ekor," katanya.

Turut bersama beliau ahli jawatankuasa Kase, Mohamad Taufek Abdul Ghani yang juga Adun Paroi.

Ltdl 2011-Terengganu Cycling Team-Senyum Sokmo


Beria-ia my wife nak ikut LTDL11 yang finishing kat Butterworth..... sebabnya ada team negeri dia kata. Negeri lain ada ka???.....Next time k. Tengok kat logo pong dah tau tganu sbb ada lambang penyu......
142 ni beskal anuar saidin.....hihihi ops silap anuar manan. My wife"bila you nak beli kat i beskal camni ek".....
Team CCC kayuh pakai merida................sama macam aku...
Guardini raider pertama melepasi finishing line kat butterworth......
Pelumba team Korea Selatan yang memakai jersi "best asian rider" stage 1 accident 1km sebelum finishing line......kesian...sakit tuuuu. Tapi nampak macam dia concern kat kasut dia yang koyak tuu.
Orang Pulau Redang VS Orang Kuala Ibai.....Dua-dua terengganu mari......keropok lekor satuAlif ngan raider United Health Care. Raider ni siap bg botol air lagi kat alif. boleh bawak pi tadika dia kata....Anuars family with Sinichi and Harif Salleh...................Sinichi mung bila nok buleh royak tganu.....