Cerita sepanjang perjalanan. Dikutip dijadikan iktibar.....seorang budak kampung yang sentiasa rindu dengan bau sawah padi, pokok getah, lembu, kambing, ayam dan itik....
Come & Click With Us
Tuesday, November 29, 2011
Menara Alor Setar-Jalan-Jalan Cuci Mata
Friday, November 25, 2011
Balik Kg 2011-Part 2 Pulau Redang
Wednesday, November 23, 2011
Tips for Roadies- Barang Yang Kena Bawa Bersama
Dalam ERP, aku diajar ttg persediaan semasa menghadapi saat-saat kecemasan semasa sedang bekerja. Apabila aku fikir balik, persediaan yg sama aku perlu buat semasa keluar untuk mengajuh basikal di sekitar jalan-jalan di negeri2 Darul Nasi Kandaq ni.
Amaran Hujan Lebat-Jab Materologi 23 Nov 2011
Our Ref: JMM.RML06/701/10JLD76(94)
Amaran Hujan Lebat
(Peringkat Merah)
Dikeluarkan pada: 07:16pm pada 23 November 2011
SEKSYEN A : AMARAN HUJAN LEBAT ( PERINGKAT MERAH) Dikeluarkan pada : 5:35 petang 23 November 2011 Amaran Hujan Lebat (Peringkat Jingga) yang dikemaskini pada 10:56 pagi, 23 November 2011 ditingkatkan kepada Amaran Hujan Lebat (Peringkat Merah). Hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat yang berlaku di negeri Terengganu (Daerah Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Marang, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman) dan Pahang (Daerah Kuantan, Pekan, Jerantut, Maran, Bera dan Rompin) dijangka berterusan sehingga Jumaat, 25 November 2011. Keadaan ini akan menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah. SEKSYEN B : AMARAN HUJAN LEBAT ( PERINGKAT JINGGA) Dikemaskini pada : 5:35 petang 23 November 2011 Hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat yang turun di negeri Kelantan (Daerah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Machang, Tanah Merah, Kuala Krai, Jeli dan Gua Musang) dijangka berterusan sehingga Jumaat, 25 November 2011. Keadaan ini akan menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah. SEKSYEN C : NASIHAT HUJAN LEBAT (PERINGKAT KUNING) Dikemaskini pada 5:35 petang 23 November 2011 Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana yang turun di negeri Perlis (Daerah Padang Besar, Kangar dan Arau) dan Kedah (Daerah Kubang Pasu, Padang Terap, Kota Setar, Pokok Sena, Pendang dan Langkawi) dijangka berterusan sehingga Jumaat, 25 November 2011. Keadaan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah. SEKSYEN D : AMARAN RIBUT PETIR DAN HUJAN LEBAT Dikeluarkan pada : 7:16 petang 23 November 2011 Ribut petir dan hujan lebat yang turun di beberapa tempat di negeri Sarawak : Bahagian Mukah (Daerah Matu-Daro dan Mukah), Bintulu (Daerah Tatau dan Bintulu) dan Miri (Daerah Miri dan Marudi) dijangka berterusan sehingga lewat malam, Rabu 23 November 2011. Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang serta banjir kilat |
Balik Kg 2011-Part 1 Pulau Redang
Hari Anugerah Cemerlang Pasti Nurul Iman
Monday, November 21, 2011
Terima Kasih Team Malaysia- Anda Buatkan Semua Rakyat Malaysia Bangga

Setelah berjuang habis-habisan di Stadium Gelora Bung Karno untuk lebih dua jam, skuad Harimau Muda kebanggaan kita memakbulkan harapan setiap rakyat Malaysia yang menyaksikan kelibat mereka di kaca televisyen malam tadi.
Tidak mengapa kita ketinggalan pada awal permainan.
Wira-wira kita tidak mengalah, sebaliknya mereka bangkit dengan segera untuk menyamakan kedudukan dan seterusnya mengawal permainan, sekali gus membuatkan kira-kira 100,000 penyokong fanatik tuan rumah terdiam.
Bermula dari saat itu, perlawanan berlangsung agak seimbang menyaksikan kedua-dua pasukan buntu mencari gol pada waktu sebenar permainan, malah 30 minit tambahan pun tidak berkesudahan.
Setiap kali penjaga gol sensasi kita, Khairul Fahmi Che Mat diperlukan, dia tidak pernah mengecewakan dan semalam dia membuktikan keupayaannya sekali lagi, komitmen yang sering kali ditunjukkannya apabila dengan tenang menyelamatkan sepakan penalti Ferdinan Sinaga.
Dan ketua pasukan, Baddrol Bakhtiar; salah seorang anggota skuad yang menjuarai temasya Vientianne dua tahun lalu melaksanakan tugasnya untuk mempertahankan pingat emas buat kali pertama sejak 1979 yang mana ketika itu turut dilakar di Jakarta.
Tangisan para penyokong Laskar Garuda adalah difahami. Bukan saja tewas di bumi sendiri, malah sudah dua dekad tidak mengecapi kejayaan sejak mereka menang di Manila 1991.
Indonesia mungkin telah meraih 170 pingat emas (setakat pukul 12 tengah malam semalam dan jumlah itu dijangka terus bertambah pada hari terakhir hari ini), namun terlepas pingat emas bola sepak sudah tentu sesuatu yang mendukacitakan.
Andai mampu merangkul 200 emas sekali pun, luka mereka tidak akan terubat
Bagi kontinjen negara pula, sasaran baru 60 pingat emas yang diletakkan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dua hari lalu sepatutnya dalam jangkauan jika petinju kita, Muhamad Farkhan Mohd. Harun mampu meraih pingat emas ke-59 kita.
Malangnya, dia ditumbangkan secara kontroversi oleh peninju tuan rumah, Alex Tatontos di Palembang.
Terdahulu Malaysia, dipimpin Fatehah Mustapa, membuktikan kejaguhannya dalam arena berbasikal trek yang tiada tolok bandingnya dengan menambah empat pingat emas di Velodrom Ramawangun. Begitu juga dengan gadis- gadis kolam renang kita yang menyapu bersih kesemua lima emas dipertandingkan dalam sukan renang berirama di Pusat Akuatik Kompleks Jakabaring.
Kontinjen negara dijangka tidak akan menambah pungutan pingat emas untuk menggenapkan angka 60 kerana hanya tinggal sukan paragliding yang bukan merupakan sukan harapan pada hari terakhir temasya .
Ia sudah lebih daripada memadai, syabas diucapkan!
Malaysia Menang Pingat Emas Bola Sepak Sukan SEA


SENARAI PEMAIN BOLA SEPAK MALAYSIA SUKAN SEA 2011 INDONESIA
Berikut adalah senarai penuh 20 pemain Malaysia B-23
Penjaga gol: Khairul Fahmi Che Mat dan Mohd Izham Tarmizi.
Pertahanan: Mahali Jasuli, Mohd Muslim Ahmad, Mohd Fadhli Shas, Mohd Amer Saidin, Fandi Othman, Asraruddin Putra dan Zubir Azmi.
Tengah: Baddrol Bakhtiar(kapten), Wan Zaharulnizam, K.Gurusamy, Shukur Jusoh, Irfan Fazail, Yong Kuong Yong dan Nazmi Faiz.
Penyerang: Syahrul Azwari, Thamil Arasu, Izzaq Faris dan Fakri Saarani
Thursday, November 17, 2011
Setelah Kalahkan Indonesia, Malaysia Terpaksa Pulang Dengan Kereta Perisai

Para oknum suporter yang menggunakan atribut pendukung Indonesia memang telah menunggu pasukan "Harimau Malaya Muda" di depan pintu merah, serta pintu masuk dan keluar untuk tim Malaysia. Teriakan "tak bisa pulang", "maling", "tangkap malingnya" dan yel-yel lainnya dilontarkan oleh sebagian pendukung Indonesia sambil menunggu.Demi menghindari hal yang tidak diinginkan, pihak keamanan bersama panitia memutuskan untuk menggunakan Baracuda demi mengamankan pasukan Ong Kim Swee tersebut. Setidaknya, ada dua Baracuda yang disiapkan oleh pihak keamanan untuk mengangkut timnas Malaysia dan sejumlah tim ofisialnya, baik ketika datang tadi maupun saat pulang.Pengamanan ketat memang diberlakukan mengingat Malaysia merupakan musuh abadi Indonesia di kancah persepakbolaan Asia Tenggara. Namun, Pelatih Kim Swee menilai hal ini bukanlah masalah besar dan tidak akan memengaruhi mental anak asuhnya. "Oh saya bisa memaklumi ini. Saya tahu bagaimana situasinya. Ini bukan masalah yang besar," ujarnya kepada wartawan./kompas