Come & Click With Us

Monday, February 7, 2011

Penoreh raih RM8,000 sebulan


Dipetik dr KOSMO'


KUALA TERENGGANU - Dengan hanya bekerja tiga hari seminggu, seorang penoreh getah di negara ini mampu meraih pendapatan di antara RM3,000 hingga RM8,000 sebulan.

Malah, kebanyakan penoreh getah yang ditemui mengakui pendapatan mereka sejak kebelakangan ini jauh lebih besar berbanding gaji sesetengah kakitangan kerajaan.

Seorang penoreh, Wan Alias Wan Muda, 37, dari Felda Belara dekat sini berkata, cuaca yang baik sejak sebulan lalu memberi peluang kepada penoreh getah sepertinya untuk meraih pendapatan tiga kali ganda lebih banyak berbanding sebelum ini.

Menurutnya, dengan harga getah di pasaran mencecah sehingga RM8 sekilogram, dia mampu meraih pendapatan bersih kira-kira RM3,500 sebulan.

"Kalau orang nak tanya berapa pendapatan saya sebulan, saya hanya boleh jawab pendapatan saya lebih besar daripada guru," katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.


Yes 1 admit. Aku adalah anak petani aka anak penoreh getah. Dengan hasil tue la ayah aku sara aku sampai masuk universiti. Tapi dulu harga getah tak la semahal skang ni. Dulu murah jer. Sebab tue ayah aku cari alternatif kejer lain iaitu buat bendang . Walaupun hakikatnya getah sekerap itu baunya busuk tapi tue la yang akan bg kami makan dulu. Ayah aku selalu pesan yang busuk tue la duit. Kat kg aku kami tak jual getah keping yang ambik susu pastue gelek tue tapi jual getah sekerap yang dah dua tiga hari motong atau noreh then baru kutip pg jual. Bau jangan cakap la. Bayangkan dah peram beberapa hari baru kutip hu..hu..

Hujung minggu ni nak balik kg....boleh pi motong getah, sekilo getah rega RM7.00, mau kalau ada 10 ekar.....berapa banyak bulih dapat....korang bayanglah sendiri....

1 comment: